≡ Menu

Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepas ZERO GST!

Kelicikan Astro Dalam Membuat Pelarasan GST Selepas ZERO GST!

Sebagai pelanggan setia Astro selama 12 tahun, saya berasa amat tidak berpuas hati dengan masalah menuntut balik GST yang dikenakan dan telah dibayar bagi bil tempoh 8/5/2018 hingga 7/6/2018.

Setelah menerima bil terkini yang bertarikh 8/6/2018 hingga 7/7/2018, didapati tiada sebarang pelarasan yang dibuat bagi tempoh 1/6/2018 hingga 7/6/2018, sepatutnya Astro mengira balik pemulangan GST yang telah dibayar tetapi setelah ditanya, saya berasa kecewa dengan jawapan pihak operator Astro yang menyatakan seperti berikut:-

Hi. 08425XXXXX, LXX CXXX KXXX

Please be informed the charges is not refundable due to 0% GST is only applicable on 1st June 2018 ^sarah

Dengan rasa kecewa saya menelefon terus ke talian Astro, setelah menyatakan hasrat saya untuk menuntut balik GST bagi tempoh tersebut. Disoal pula tentang tarikh saya membuat pembayaran bil untuk tempoh tersebut (8/5/2018 – 7/6/2018). Selepas dijawab saya membuat bayaran pada 30/5/2018, yang memeranjatkan saya adalah jawapan yang diberikan oleh pihak operator Astro adalah tidak munasabah, “kami hanya akan membuat pemulangan GST jika pelanggan membuat bayaran bermula dari 1/6/2018. Dalam kes Encik yang telah membuat bayaran sebelum tarikh tersebut adalah tidak berhak. Ini adalah keputusan stakeholders syarikat kami.”

BACA:  Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

Dengan rasa tidak berpuashati saya menyoal balik 3 perkara seperti berikut:-

1) Adakah pihak Astro menggalakkan pelanggan membayar lewat? Apakah salah saya membayar bil lebih awal?

2) GST bagi tempoh tersebut (1-7/6/2018), adakah pihak Astro membayar kepada LHDN? Jika tidak dimanakah pergi wang tesebut? Ke akaun tergantung ke atau ke poket bos?

BACA:  Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh

3) Kenapakah pihak Astro tidak mengeluarkan memo secara bertulis dengan menyatakan bahawa pelanggan hanya berhak menuntut pemulangan GST jika membuat bayaran bagi tempoh tersebut dari dan selepas 1/6/2018?

Setelah disoal, pihak operator Astro berasa terkejut dan menyatakan ini adalah perkara biasa dan saya tidak harus mempersoalkan sedemikan dan dia akan membawa kes saya ke pihak atasan untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang pemulangan GST.

Yang melegakan saya adalah, keesokkan hari akaun Astro saya telah dikreditkan dengan jumlah pemulangan GST tersebut.

Saya menyeru kepada semua pelanggan setia Astro di luar sana agar memeriksa bil anda bagi tempoh GST tesebut dan bertindak untuk menuntut balik hak sebagai pengguna sekiranya ditindas sepertimana dalam kes saya.

Terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun Saya adalah salah seorang dari 50 orang pembeli rumah (dari 240 unit) apartment  kos sederhana Selaseh Cemerlang, Gombak. Saya telah beli apartmen...
Masalah Projek Perumahan Taman Desa Anjung Putra, ... Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan di Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab (bermula pa...
China Ladies Without Permit Are Giving Messages an...   There has been a number of people around Kenari, Puchong that has been talking about this place in the photo recently. It is said to be ...
Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh Disebabkan pelbagai aktiviti yang SPNB anjurkan seperti kunjungan hormat dari tetamu-tetamu sehingga terlupa projek rumah Laguna Biru Fasa 2 yang ...