≡ Menu

Kelewatan Penyerahan Projek Perumahan Taman Sri Landeh, Kuching

Kelewatan Penyerahan Projek Perumahan Taman Sri Landeh, Kuching

Salam sejahtera,

Saya ingin memohon kerjasama dan perhatian daripada pihak Aduan Rakyat berkenaan dengan projek perumahan di Taman Sri Landeh, Kuching, Sarawak. Projek ini dimajukan oleh kontraktor Kenyalang Avenue Sdn Bhd. Lokasi projek ini adalah di bawah pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Projek ini dijanjikan untuk siap dalam masa dua tahun selepas pembinaan bermula pada awal tahun 2016. Namun demikian, sehingga hari ini, bangunan yang telah siap hanya boleh dipandang dan dilihat disebabkan oleh kelewatan pihak perbandaran dan kurangnya kerjasama daripada pihak pemaju dalam menyegerakan kelulusan permit menduduki (OP).

BACA:  Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB)

Surat demi surat yang dihantar oleh saya kepada pihak pemaju dan MPP, dibalas seolah-olah bukan cuba untuk menyelesaikan masalah, namun cuba untuk menuding jari antara satu sama lain. Panggilan telefon yang dibuat ke atas unit yang berkaitan di MPP memberikan alasan tidak cukup kakitangan untuk mempercepatkan proses tersebut sangat tidak dapat diterima sama sekali.

BACA:  Projek Rumah Terbengkalai di Taman Seri Molek Perdana, Plentong

Saya amat berharap pihak Aduan Rakyat dapat membuat liputan khusus berkaitan projek ini kerana kami pembeli sangat terseksa disebabkan hal ini. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kami tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan ke atas rumah yang tidak kami diami, namun terpaksa lagi untuk menyewa rumah lain sebagai tempat berteduh.

Perhatian dan maklum balas daripada pihak Aduan Rakyat saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan