Kelemahan kemaskini rekod bayaran pinjaman PTPTN

Bila pihak pembangkang mengutuk PTPTN, saya tetap menyebelahi PTPTN kerana PTPTN lah yang telah membantu saya memperolehi ijazah saya. dan bila dapat kerja, terus saya buat potongan gaji kepada PTPTN untuk bayaran balik pinjaman.

Bermula tahun 2006,saya buat potongan gaji dan bila PTPTN nak tukar kepada ujrah, saya rasa lagi menguntungkan dan itu menandakan PTPTN prihatin kepada pemimjam-peminjamnya. Tapi bila PTPTN melalui LHDN hantar surat kepada potongan gaji tempat saya bekerja dan mengatakan hutang pinjaman saya adalah sebanyak baki pinjaman saya tanpa mengambil kira bayaran yang telah saya buat sebelum ini, saya rasa marah sangat.

Saya ambil cuti untuk menguruskan ujrah, hantar borang ujrah ke Damansara Height yang susah dan mahal bayaran parkingnya. tp ini yang saya dapat. bila telefon hotline PTPTN, jawapan yang saya dapat dari pegawai khidmat pelanggan tu mudah je,”Puan boleh buat rayuan”. apa maksud rayuan nie.saya tak bersalah, Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik yang diketuai oleh En Mohd Rusdi bin Ismail sepatutnya peka sebelum menghantar surat untuk potongan gaji.

Penyata hutang dengan arahan potongan gaji sepatutnya sama tp kerana kakitangan yang tak cekap dan terlatih, membuatkan peminjam susah. harap PTPTN tak menunjukkan kelemahan dan mengulangi kesilapan yang sama kerana ianya menyusahkan peminjam. dan saya terpaksa mengambil cuti lagi untuk menguruskan hal yang remeh ini. bayangkan kalau peminjam dari negeri yang jauh.

By: lynn mokhtar

15 thoughts on “Kelemahan kemaskini rekod bayaran pinjaman PTPTN”

  1.  saya pinjam ptptn 5k untuk 1 year. kemudian saya dah langsaikan lump sum plus interest. kemudian saya ambil PJJ untuk Program Bachelor, dan telah memohon pinjaman PTPTN. masalahnya saya tak dapat pun nak mengesahkan info2/data2 yang telah di masukkan akibat pernah membuat pinjaman yang lepas. Yang herannya nya, kalau online, kenapa PTPTN x dapat detect baki pinjaman saya yang lepas ( yang mana yang telah settle?) Ni nak kol sana sini, agak melecehkan. 

    1. Cuba check kt laman web PTPTN e-pay. Ada penyata akaun. Saya selalu check monthly tgk bayaran dr potongan gaji dh update belum.

  2. Saya juga telah membuat potongan gaji kpd ptptn tetapi sy masih dihantar surat amaran utk  membayar

    1. Mungkin ada bayaran tunggakkan. Dulu saya pun kena bayar RM2k+ utk bayaran 2004-2006. Coz, saya start bayar PTPTN ikut tangga bayaran mulai 2006. So, nk habis bayar on-time, kenalah bayar tunggakan tu. Kalau ikut perjanjian, kita kena bayar selepas 6 bulan tamat belajar. Kalau bayar kurang dari tangga bayaran, tu yg ada tunggakan.

  3. dah kata depa nak buat keuntungan je..PTPTN ni nak bagi duit tu disalurkan pada kroni dengan cara “yang betul” atas alasan pinjaman yg terpaksa ditanggung peminjam..

  4. jangan buat pembayaran secara potongan gaji, sebaliknya bayar sendiri secara online banking atau cash deposit atau over the counter yg mana kita akan ada salinan bukti pembayaran..saya buat gitu..alhamdulillah, setakat ini tak ada sebarang masalah

    1. klau diturutkn hati aku x akn byr tp masalahny PTPTN akn blacklisted peminjam di immigresen..nk pegi umrah & haji x dpt.now aku fhm kenapa peminjam susah nk selesaikn hutang mrk.semuany sbb masalah komunikasi.sistem komunikasi PTPTN paling buruk yg pernah aku jumpa..cuba talipon hotline mmg x pnah berjaya.buat aduan secara online..asyik2 error.aku x receive no rujukn utk pertanyaan

      aku pegi kaunter & now 2 minggu ulang alik ke kaunter blum dpt keputusan baki hutang..dorg x pnah emel wpun semasa mengisi borang dorg mintk emel & no.tel..haritu aku tggu emel smpai seminggu lepastu aku pegi kaunter blik & dorg ckp penyataan baki dah di fax ke cwgn tersebut tetapi dh expired sbb aku lmbat seminggu( dorg x inform penyata tu dah sampai bgaimana peminjam boleh tahu(bengap tak?)..

      aku diminta mengisi semula borg permohonan penyata baki buat kali ke 2..aku call cwngn 2 kali dah dorg ckp blum sampai & now dah nk msuk seminggu..plse tell me what to do…PTPTN suck!!!…aku x pnah tgok sistem sebegitu bengap

    2. aku pon dah lame x byr…cmni ade hati nk list peminjam kt CCRIS ke jadahnye…sistem komunikasi sendiri pon FAILED! memang bengap lah!

  5. PTPTN memang bermasalah, aku dah buat rayuan utk pemotongan daripada gaji dari RM300 sebulan kepada RM150 sebulan. dah lulus pon, tapi bila LHDN hantar surat kepada majikan utk start potong daripada gaji, aku tak puashati sbb mcm takde langsung pelarasan@rayuan yang aku buat tu. pemotongan tetap sama RM300, dah faks surat, call sume2 smpi skg takde jawapan. masalah dah berlarutan hampir 2bulan, pertukaran ujrah pon makan masa 1tahun. PTPTN WAKE UP !!!. what the hell are u doing ???

  6. Hari baik,

    Ini adalah untuk menginformasikan masyarakat umum, bahwa Kami menawarkan pinjaman kepada perusahaan, bisnis dan individu dengan bunga 2%, Butuh pinjaman apapun?

    Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda? Kami menawarkan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, pinjaman dari $ 10.000 – 800,000.00 USD hubungi kami sekarang: rolandfinance19@yahoo.com

    dengan ketinggian suku bunga rendah

    2%

    ? jika

    jadi silakan mengisi pinjaman

    Formulir pendaftaran dan mengembalikan

    informasi berikut

    Nama Lengkap: ………………..

    Negara: …………………

    Kota: …………..

    Status: …………..

    Sex: …………………….

    Usia: …………………

    Telepon Pribadi No: ………..

    Jumlah Pinjaman: ………..

    Pinjaman Durasi: …………………..

    Pendapatan Bulanan: ……….

    Pekerjaan: ………………. ….

    Tujuan pinjaman: ……………………. ………..

    E-mail: …………………. …………….

    Apakah Anda diterapkan sebelumnya? …………………..

    Berharap untuk mendengar dari Anda

    sesegera mungkin.

    E-mail di atas informasi sekarang: rolandfinance19@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>