Bila pihak pembangkang mengutuk PTPTN, saya tetap menyebelahi PTPTN kerana PTPTN lah yang telah membantu saya memperolehi ijazah saya. dan bila dapat kerja, terus saya buat potongan gaji kepada PTPTN untuk bayaran balik pinjaman.

Bermula tahun 2006,saya buat potongan gaji dan bila PTPTN nak tukar kepada ujrah, saya rasa lagi menguntungkan dan itu menandakan PTPTN prihatin kepada pemimjam-peminjamnya. Tapi bila PTPTN melalui LHDN hantar surat kepada potongan gaji tempat saya bekerja dan mengatakan hutang pinjaman saya adalah sebanyak baki pinjaman saya tanpa mengambil kira bayaran yang telah saya buat sebelum ini, saya rasa marah sangat.

Saya ambil cuti untuk menguruskan ujrah, hantar borang ujrah ke Damansara Height yang susah dan mahal bayaran parkingnya. tp ini yang saya dapat. bila telefon hotline PTPTN, jawapan yang saya dapat dari pegawai khidmat pelanggan tu mudah je,”Puan boleh buat rayuan”. apa maksud rayuan nie.saya tak bersalah, Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik yang diketuai oleh En Mohd Rusdi bin Ismail sepatutnya peka sebelum menghantar surat untuk potongan gaji.

Penyata hutang dengan arahan potongan gaji sepatutnya sama tp kerana kakitangan yang tak cekap dan terlatih, membuatkan peminjam susah. harap PTPTN tak menunjukkan kelemahan dan mengulangi kesilapan yang sama kerana ianya menyusahkan peminjam. dan saya terpaksa mengambil cuti lagi untuk menguruskan hal yang remeh ini. bayangkan kalau peminjam dari negeri yang jauh.

By: lynn mokhtar

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.