Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar semester 3 di Matrik Gopeng, Perak. Isnin lalu pelajar-pelajar semester 3 telah melapor diri ke Matrik setelah cuti semester. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan, pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai bilik asrama tempat tinggal. Ini berlaku (dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan) disebabkan pihak pengurusan Matrik Perak telah tersilap menerima pelajar baru bagi sessi tahun 2012 yang berlebihan.

Pelajar-pelajar senior terpaksa di tempatkan di rumah2 felo walhal rumah tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang peralatan atau perabot seperti meja, kerusi, loker bagi kegunaan pelajar2 tersebut. Malah ada juga yang terpaksa duduk di dalam stor kerana satu rumah felo perlu diisi 10-15 orang penuntut. Setelah ada ibu bapa yang membuat aduan di Kementerian Pelajar Malaysia, pelajar-pelajar tersebut telah diarahkan keluar dan menumpang dibilik-bilik penuntut baru.

Masalahnya bilik2 yang dihuni penuntut2 baru juga telah penuh namun dan padat, malah pelajar2 senior ini juga terpaksa dipisahkan dengan setiap orang perlu menumpang di bilik penuntut yang baru. Perkara ini akan menyebabkan penuntut tidak dapat belajar dan tinggal dengan selesa menyusahkan pelajar2 senior jika mereka perlu berdiskusi @ mentelah bersama2 di sebabkan setiap dari mereka terpisah di bilik yang berasingan.

Saya mohon pihak yang berkenaan agar dapat menyiasat dan menangani masalah ini dengan kadar SEGERA agar tiada penuntut yang tercicir @ gagal disebabkan masalah ini.

By: Rozi

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.