Kehilangan Duit Dalam Bank BSN

Pada 7 OKTOBER 2011 saya telah ditipu oleh pihak yang mengaku dirinya dari pihak Celcom. Beliau mendakwa ingin memberikan ganjaran wang sebanyak RM5000 kepada pihak saya lalu beliau meminta saya memberikan no. atas kad bank dan ic saya untuk bertujuan memasukkan duit secara online internet banking.

Setelah memberi maklumat yang diminta, kemudian saye semak duit dalam bank tetapi tiada duit yang dijanjikan, saya berasa tertipu lalu saya terus menelefon pihak bank untuk blockkan kad saya untuk tujuan keselamatan. Pada 13  Oktober saya pergi ke bank BSN Cawangan Termerloh untuk memaklumkan kepada pihak bank atas apa yang berlaku tetapi juruwang tersebut mengambil sambil lewa dan tidak memberi respon yang jelas terhadap aduan saya.

Saya meminta juruwang tersebut membuat kad dan buku bank baru bertujuan untuk keselamatan akaun saya. Saya juga memaklumkan kepada juruwang bahawa saya pernah tertipu oleh pihak yang mengaku dirinya Celcom. Saya meminta juruwang tersebut untuk semak akaun saya tetapi juruwang tersebut hanya mendiamkan diri.

Setelah selesai membuat buku dan kad bank baru, saya menayakan kembali sama ada akaun saya ade ape-ape masalah ataupun tidak.pihak juruwang hanya mengelengkan kepala sahaja menandakan tiada sebarang masalah.

Pada 1 november 2011, saya berurusan dengan pihak KWSP untuk mengeluarkan duit dan memasukan duit tersebut ke dalam Akaun Bank BSN sebanyak 24,900. Setelah selesai urusan dengan KWSP saya kembali ke pihak bank Cawangan Temerloh untuk memastikan kembali sama ada akaun saya selamat ataupun tidak, juruwang tersebut memberi jaminan jika saya sudah menukar kad dan no. pin akaun saya, selamat digunakan tanpa pihak lain dapat mencerobohnya. Setelah berpuas hati dengan jaminan yang diberi saya pulang.

Pada 23 november saya sekali lagi ke bank cawangan TEMERLOH untuk semak duit saya dan saya mendapati duit saya telah hilang dikeluarkan oleh pihak penceroboh. Saya berasa kesal dan tidak puas hati atas ape yang terjadi lalu saya membuat laporan polis dan merujuk ke pihak atasan BSN, Kuala Lumpur untuk meminta pihak atasan BSN bertanggungjawab diatas kecuian pekerja BSN.

Pihak atasan BSN meminta tempoh dalam masa 2 minggu untuk siasatan. Setelah sebulan berlalu masih juga tiada sebarang jawapan yang diberi oleh pihak BSN, mereka hanya suruh saya menunggu siasatan sahaja. Saya berharap pihak aduan rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi sekarang oleh kerana saya memerlukan duit tersebut dengan segera untuk kos rawatan pembedahan.untuk makluman pihak aduan rakyat saya adalah seorang OKU yang tidak boleh bekerja seperti biasa kerana kaki saya memerlukan pembedahan sendi palsu.

By: NBA

3 thoughts on “Kehilangan Duit Dalam Bank BSN”

  1. Sarawak Bumi Kenyalang: Tanah Adat NCR Diceroboh Sesuka Hati Oleh Pihak Yang Berkenaan Serta Bayaran Yang Tak Setimpal Dikenakan Kepada Pemilik Tanah Dengan Disajikan Pelbagai Alasan Oleh Pihak Yang Tak Bertanggungjawab Serta Mampu Mengaburi Mata Penduduk Pendalaman. Perkara Ini Telah Berlaku Kerna Tiada Anggota Yang Sanggup Menyuarakan Perkara Ini Kepada Aduan Rakyat. Antara Kelemahan Penduduk Pedalaman Ialah Tiada Liputan Media Masa Yang Meluas, Susah Dijejaki Oleh Pihak SPRM, Asal Usul Serta Tradisi Peminpim Setempat yang mengamalkan Sikap Ambil Mudah KePerkara Ini Perlu Dikemukakan Terus Kepada Kerajaan Pusat Terutamanya Kepada Perdana Menteri Dato Seri Najid Tun Razak Dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Safie Abdal. Kami Berharap Kerajaan Mesti Kotakan Janji ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ Bantulah Kami Penduduk Perdalaman Supaya Orang Miskin Tak Terus Miskin Dan Orang Kaya Tak Meneruskan KemewahanNya Dengan Harta Bersama..

  2. Saya juga pernah alami kehilangan wang dalam BSN..Tapi bila adukan masalah pada bank…
    Jawapannya…”kami tak pasti la puan”…Puan yang terlupa kot!!””
    Huh!!..Berdesing telinga mendengarnya…Sesuka hati je jawap macam tu…Habis tu duit kita macam mana…Dia suruh tukar no pin je…Hampeh betul bank tu!!!

  3. Erm, baca je ni terus terbantut niat nak buat kad kredit dgn BSN, aku expect customer service dia lagi sampah, 2 hari lepas aku call nak tanya pasal kredit kad, kalau swipe untuk petrol ada dapat reward point x? customer service BSN itu, “tunggu sekejap ye” walaweh, lu keje bahagian kredit kad pn x tau? aku dah study habis2an pasal kad tu tp xde mention pasal petrol point, tu pasal aku tanya, itu lah gunanya call center, menjawab persoalan orang ramai yang x pasti
    nak buat application by email pn x boleh, “encik kene datang sendiri ke cawangan berdekatan” knape x buat sistem yg mmudahkan pelanggan ek? kalau lembap memang dah jadik trend kerajaan ye?

    kalau aku teruskan buat in case ada fraud ke confirm dorang lepas tangan “ntahle encik, encik x jaga kad betul2 ni”, sbelum aku dgr ayat sakit jiwa macam tu elokla aku batalkan je niat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>