Pada 7 OKTOBER 2011 saya telah ditipu oleh pihak yang mengaku dirinya dari pihak Celcom. Beliau mendakwa ingin memberikan ganjaran wang sebanyak RM5000 kepada pihak saya lalu beliau meminta saya memberikan no. atas kad bank dan ic saya untuk bertujuan memasukkan duit secara online internet banking.

Setelah memberi maklumat yang diminta, kemudian saye semak duit dalam bank tetapi tiada duit yang dijanjikan, saya berasa tertipu lalu saya terus menelefon pihak bank untuk blockkan kad saya untuk tujuan keselamatan. Pada 13  Oktober saya pergi ke bank BSN Cawangan Termerloh untuk memaklumkan kepada pihak bank atas apa yang berlaku tetapi juruwang tersebut mengambil sambil lewa dan tidak memberi respon yang jelas terhadap aduan saya.

Saya meminta juruwang tersebut membuat kad dan buku bank baru bertujuan untuk keselamatan akaun saya. Saya juga memaklumkan kepada juruwang bahawa saya pernah tertipu oleh pihak yang mengaku dirinya Celcom. Saya meminta juruwang tersebut untuk semak akaun saya tetapi juruwang tersebut hanya mendiamkan diri.

Setelah selesai membuat buku dan kad bank baru, saya menayakan kembali sama ada akaun saya ade ape-ape masalah ataupun tidak.pihak juruwang hanya mengelengkan kepala sahaja menandakan tiada sebarang masalah.

Pada 1 november 2011, saya berurusan dengan pihak KWSP untuk mengeluarkan duit dan memasukan duit tersebut ke dalam Akaun Bank BSN sebanyak 24,900. Setelah selesai urusan dengan KWSP saya kembali ke pihak bank Cawangan Temerloh untuk memastikan kembali sama ada akaun saya selamat ataupun tidak, juruwang tersebut memberi jaminan jika saya sudah menukar kad dan no. pin akaun saya, selamat digunakan tanpa pihak lain dapat mencerobohnya. Setelah berpuas hati dengan jaminan yang diberi saya pulang.

Pada 23 november saya sekali lagi ke bank cawangan TEMERLOH untuk semak duit saya dan saya mendapati duit saya telah hilang dikeluarkan oleh pihak penceroboh. Saya berasa kesal dan tidak puas hati atas ape yang terjadi lalu saya membuat laporan polis dan merujuk ke pihak atasan BSN, Kuala Lumpur untuk meminta pihak atasan BSN bertanggungjawab diatas kecuian pekerja BSN.

Pihak atasan BSN meminta tempoh dalam masa 2 minggu untuk siasatan. Setelah sebulan berlalu masih juga tiada sebarang jawapan yang diberi oleh pihak BSN, mereka hanya suruh saya menunggu siasatan sahaja. Saya berharap pihak aduan rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi sekarang oleh kerana saya memerlukan duit tersebut dengan segera untuk kos rawatan pembedahan.untuk makluman pihak aduan rakyat saya adalah seorang OKU yang tidak boleh bekerja seperti biasa kerana kaki saya memerlukan pembedahan sendi palsu.

By: NBA

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.