Kedai Runcit Warga Aceh Tumbuh Bagai Cendawan

Kehadiran kedai runcit yang dibuka oleh warganegara Aceh tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kita telah lama dikhabarkan dengan berita peniaga-peniaga Aceh terutamanya dalam sektor peruncitan. Masalah ini telah berlarutan untuk sekian lamanya tanpa apa-apa tindakan ataupun halangan daripada pihak berwajib. Persoalannya apakah begitu mudah untuk kita membiarkan ianya berlalu tanpa apa-apa tindakan yang sewajarnya ataupun kita tiada undang-undang untuk menghalang penjajahan secara tidak langsung ini?

Kalau dikaji, terlampau banyak buruknya daripada kebaikan. Mereka tidak perlu membayar cukai sepertimana peniaga-peniaga tempatan. Mereka bebas untuk menjual barang-barang tanpa cukai yang diimport dari negara mereka. Terutamanya rokok-rokok dan produk kesihatan. Kenapa……..? Apakah pihak berkuasa terlepas pandang atau sengaja membiarkan ianya berlaku tanpa melakukan sesuatu …… Manakah perginya YB-YB yang berpegang kepada slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Peniaga tempatan terutamanya orang Melayu sudah lama tertekan dengan permasalahan ini. Tetapi setiap kali masalah ini dilontarkan tiada apa-apa tindakan yang diambil. Bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Peniaga Melayu telah terhimpit dengan kedatangan hypermarket seperti Giant, Tesco, Econsave, Carrefour, KipMart, TJ Mart, S Mart, Jusco, Mydin dan yang terbaru KR1M. Ini tidak termasuk supermarket seperti Gedung Harian, KINI, dan banyak lagi. Bila kita kata sudah terlampau banyak saingan, YB-YB kata kita ada tarikan tersendiri. Ayat yang sebenarnya menyakitkan hati. Cara sebenarnya turun ke akar umbi peniaga untuk mengetahui apa sebenarnya yang mereka hadapi. Bukan hanya duduk di kerusi empuk keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati.

Kita mengharap sangat supaya YB-YB yang berkenaan buka mata dan ambil satu tindakan yang sewajarnya dengan

By: badang

13 thoughts on “Kedai Runcit Warga Aceh Tumbuh Bagai Cendawan”

  1. tak pandai berniaga, tak payah la nak suruh orang lain gulung tikar untuk lakukan kedai sendiri. Ingat Giant dan Mydin bukan orang Malaysia yang bukak ker? Mana ada hidup yang senang beb, nak senang pergi la kerja kerajaan jer… tiap-tiap bulan ada gaji, xperlu bersaing. NOKTAH

  2. Masalahnya ramai org melayu yg nak hidup senang tpi malas .Mereka sanggup sewakan lesen atau kedai yg didapati dari DBKL atau Majlis Perbandaran kpd Indon dan mereka sanggup jadi pekerja sambilan uk mengaburi mata penguatuasa yg dtg memeriksa kedai sekali sekala.Setengah peniaga indon berniaga terang2 secara haram digerai2 sebb pd mereka duit kopi dah jadi budaya mereka jadi sbb tu pihak penguatkuasa tak kacau.

  3. 46apakasa
    saya sangat menyokong dengan aduan di atas…semasa saya kat KL sekitar 2005 pun dah tumbuh bagaikan cendawan puak-puak acheh ni di gombak..kalau dibiarkan lama Melayu akan merempat di tempat sendiri…Kerajaan yang perjuangkan bangsa Melayu tolong tegas dalam masalah ni…PEKASA jangan hanya jadi hero bila DAP PKR dan PAS lawan BN saja ..ayuh tunjukkan kePERKASAAN mu sama dalam kes sumpama ini

  4. pihak berkuasa tempatan tutup mata… pemilik bangunan tak ada semangat kenegaraan .. kekedang rasa geram bila membeli barang kat kedai mereka …. contohnya kat Kg Melayu Sri Kundang  &  Kuang , Selangor  98%  adalah kedai runcit aceh…  peskerja mereka silih berganti, ada passapot atau permit ke??  PBT tak pernah buat penguatkuasaan…  

    1. Sy pn dok area ctu,mmg pkerja sllu brtukar.dlm stu kg,kdai smpai 5-6 buah.ttup 1 kdai,kdai bru pla yg bka,acheh jg.pnduduk melayu yg bka kdai plak hangat2 tahi ayam jer.

  5. kerajaan tidak berminat untuk membantu golongan peniaga runcit bumiputera kerana mereka adalah golongan minoriti yang tidak memberi kesan dan pola undi kepada mereka berbanding dengan pembeli yang lebih ramai. Segala tindak tanduk kerajaan ketika ini adalah lebih untuk mendapat undi popular berbanding dengan tanggungjawab fardu kifayah didalam memastikan usahawan Melayu islam masih boleh terus bersaing dan membekalkan makanan halal. 

  6.  Teman
    memang telah menyedari lama mengenai ativiti mereka terutama di sekitar
    Chow Kit dan Kg Baru du Kuala Lumpur. Barangan yang dijual adalah
    pelbagai dan harga ditawarkan juga agak menarik.

    Secara
    dasarnya teman tiada halangan untuk mereka membuka kedai runcit
    sebanyak mana yang mereka mahu asalkan pembukaan kedai-kedai ini
    mendapat kebenaran daripada penguasa tempatan.

    Teman
    merasakan tidak perlu kita mengusari kehadiran mereka kerana tanpa
    kehadiran peniaga runcit Aceh ini pun, Malaysia sudahpun dibanjiri oleh
    hypermarket-hypermarket yang pemiliknya bukan rakyat Malaysia. Jika kita
    gusarkan peniaga Aceh mengunakan pekerja Indon dikedai-kedai mereka,
    apa bezanya dengan hypermarket-hypermarket yang terdapat diseluruh
    pelusok tanahair. Pekerja tempatan hanyalah sebahagian daripada
    keseluruhan pekerja asing.

    Keuntungan
    yang diperolehi oleh hypermarket2 ini sudah semestinya akan dibawa
    pulang kenegara asal malah dengan kadar yang jauh lebih besar berbanding
    dengan peniaga2 Aceh. Malah lebih memburukkan keadaan, hypermarket2 ini
    bukan sahaja telah menyebabkan peniaga2 Melayu bumiputera dikawasan
    luarbandar ditutup kerana tidak dapat bersaing malaanh pengeluar2
    barangan makanan kecilan tempatan seperti pembuat kerepek, dodol dan
    sebagainya juga tidak dapat lagi memasarkan produk mereka kerana tidak
    mampu mengikuti piawai yang dikenakan oleh hypermarket2 ini.

     
    Dipendekan cerita, teman merasai kerajaan memang tidak berminat atau berniat untuk membantu golongan peniaga runcit
    bumiputera kerana mereka adalah golongan minoriti yang tidak memberi
    kesan dan pola undi kepada mereka berbanding dengan pembeli yang lebih
    ramai. Segala tindak tanduk kerajaan ketika ini adalah lebih untuk
    mendapat undi popular berbanding dengan tanggungjawab fardu kifayah
    didalam memastikan usahawan Melayu islam masih boleh terus bersaing dan
    membekalkan makanan halal. 
     
    Sekurang-kurangnya
    dengan kehadiran peniaga Aceh beragama Islam, mereka  ada mengeluarkan
    zakat dan masih membeli produk IKS keluaran bumiputera kecilan yang yang amat memerlukan jaringan pemasaran
    berbanding dengan hypermarket2 multinasional yang sudah pasti tidak
    membayar zakat kerana terdapat barangan jualan yang tidak halal dijual
    oleh mereka.

     
    Selagi
    kerajaan tidak berniat untuk melaksanakan tanggungjawab fardu
    kifayahnya, lupakan sahaja isu ini kerana hypermarket bukan muslim
    seperti
    Giant, Tesco, Econsave, Carrefour, KipMart, TJ Mart, S Mart, Jusco, dan
    sebagainya telah pun mendominasi pembekalan makanan yang menjadi darah
    daging kita.  Lupakan
    jugalah akan kehadiran supermarket bersaiz sederhana seperti
    Gedung Harian, KINI, dan banyak lagi yang mana semuanya ini adalah
    saigan tegar yang hampir mustahil untuk peniaga runcit bumiputera
    menyainginya.
     
    Walaupun
    kehadiran Mydin dan KR1M sedikit sebanyak telah dapat mengubati, tetapi
    apabila memikirkan keuntungan perniagaan adalah dimonopoli oleh
    keluarga yang sama, kita rakyat marheam hanya gigit jari sahajalah.
     
    Wallualam.

  7. Kelompok peniaga-peniaga  aceh dinegara ini akan menjadi satu komuniti  besar suatu masa kelak menandingi peniaga tempatan yang banyak bergantung kepada jalan lurus dibawah tadbir pihak berkuasa tempatan tapi penuh denan liku-liku birokrasi. Apakah kelompok aceh perlu kepada prosidiur sebegini seperti memerlukan lesen, permit serta  segala macam syarat-syarat  kerajaan? Teramat banyak yang kita terlepas pandang atau ada persengkokolan disebalik kejadian ini. Kalau pihak berkaitan atau YB turun padang pasti terdapat berbagai-bagai cerita disebalik peniaga-peniaga aceh bagaimana era perniagaan mereka bermula. Kita tidak mahu menuding jari mencari salah siapa, tapi pihak berwajib seharusnya peka bukan tuli dan pekak untuk ambil tahu perkara sebenar. Jangan sampai marak api tak terpadam, yang musnah tercicir kelak ialah anak-anak generasi tempatan. Sama-sama kita renungkan antara sempadan dan tauladan!   

  8. Betul tu, mengapa kita biarkan ahmad aceh, mohamad aceh, ali aceh berniaga, di bumi malaysia ini, kita sokong sahaja ah chong malaysia, lim malaysia, ah fat malaysia, ramasamy malaysia, gopal malaysia, john tesco, pierre carrefour, eddie giant. Kerana kita sangat sakit hati kerana ahmad malaysia tak leh berniaga, kita tak leh nak salahkan ah lim, gopal eddie john dan lain lain kerana mereka orang malaysia, kita terpaksa salahkan orang aceh demi menjaga maruah malaysia, mengapa kita biarkan orang-orang islam yang pandai berniaga dimalaysia ini, kalau islam malaysia takleh berniaga, islam lain pun takleh berniaga, barulah kita akan hilang sifat jeles-menjeles, dengki-mendengki dan boleh memakmurkan malaysia ini. Kita apa takut, nanti kalau takder kerja, kita boleh kerja dengan orang orang malaysia ini, apa takut. Kita harus tanamkan sifat menjadi perkerja yang terbaik, kita belajar menjadi perkerja / kuli terbaik didunia ini, dan mingkin satu hari kita boleh menhjadi perkerja contoh di negeri aceh kelak sehingga mereka memuji kita.dan mengambil kita bekerja dengan gaji yang tinggi. Kita buangkan sifat ingin belajar berniaga, sebaliknya kita tanamkan sifat ingin bekerja sahaja, paling bagus kalau dapat kerja gomen. Sapa sokong,,,,,,,,?

  9. Saya dah lama memerhati kaum aceh dimalaysia ini sejak sekian lama, perniagaan mereka tumbuh bagai cendawan selepas hujan, Selau jugalah kalau saya ke coket untuk berbelanja… dan saya dapati..oh mak…ramai nya kedai-kedai runcit aceh disana, bukan setakat kedai runcit, malah ada sesetengahnya telah pun menjadi status pengedar/pembekal yang membekalkan barangan kepada penduduk aceh dan juga penduduk malaysia sendiri. maka saya pun belajar sedikit demi sedikit tentang perniagaan dari mereka ini lalu dengan berbekalkan modal, sedikit ilmu dan jaringan masyarakat aceh ini, saya pun membuka sebuah pasar mini yang mana saya menggunakan orang aceh untuk menjaga dan menguruskan kedai ini sehingga kedai saya dipanggil kedai aceh oleh masyarakat tempatan. sehinggalah satu hari mereka mendapat tahu yang kedai tu bukan kedai aceh tetapi milik bumiputera melayu, datanglah melayu melayu yang jeles ini membuat hasut, dengki, khianat sehingga sampai saya diancam bunuh oleh seorang samseng yang mempunyai persatuan yang kononnya menjaga kebajikan islam dan juga berdakwah………ini adalah KISAH BENAR…..bukan rekaan semata-mata…..Harap ada YB yang boleh menangani masaalah ini. ini adalah penyakit masyarakat. penyakit yang sangat bahaya dan kalau tidak dibendung boleh mengancam keberadaan masyakat kita sendiri. Saya mendau kepada YB. tolong ubati penyakit masyarakat ini…kalau pihak YB gagal……hilang satu undi.

  10. susah ler kita nak kata..suatu kepastiaan bahwa kita orang dok pandai ambil ikhtibar dari kegigihan orang tu sebab la jadi masaalah yang tak dak penghujung..betul x ?? (y)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>