Kedai mamak harga melampau di Bukit Jelutong

Salam sejahtera,

Baru-baru ni saya telah berkunjung ke rumah kawan di area Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam di restoran mamak berdekatan sambil berborak-borak. Saya telah memesan sup campur, roti potong dan juga teh-o ais. Setelah selesai makan, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Semasa di kaunter saya dapati ada pelanggan yang tidak berpuas hati meninggalkan kaunter dengan mimik muka yang marah dan masam. Saya tertanya-tanya mengapa pelanggan tersebut berkelakuan sedemikian mungkin sebab harga, servis dan sebagainya.

Taukeh kedai mengira harga makanan yang saya pesan. Saya begitu terkejut dengan harga yang dikenakan. Harga untuk sup campur sahaja RM9.00. Roti potong 3 keping RM1.00 dan teh ais RM1.80. Harga yang sangat melampau bagi sebuah restoran yang kurang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang kurang baik. Saya rasa marah dan sedikit tertipu dengan harga tersebut patutla ramai pelanggan yang merungut tidak puas hati.

Saya berharap pihak yang berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar peniaga tidak menaikkan harga makanan terlalu tinggi.

By: mohd fazlizan

5 thoughts on “Kedai mamak harga melampau di Bukit Jelutong”

  1. dorang ni pantang dapat peluang…apa apa yang kita cakappun..dia tetap geleng…tak habis-habis geleng…last-last nanti tempeleng je…pegi mampuslah mamak macam tu..dah lah cari makan kat tempat kita, tak pernah ada rasa bertanggunjawab sikit pun…nantilah..kau tunggu je lah…

  2. harga teh ais tu tak boleh lawan kedai makan di bagan lalang, sepang. teh o ais caj sampai rm3.60! nasi goreng kampung rm10.00! harga mengalahkan taraf hotel untuk kedai di tepi jalan yang  dindingnya pun kayu lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>