Salam sejahtera,

Baru-baru ni saya telah berkunjung ke rumah kawan di area Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam di restoran mamak berdekatan sambil berborak-borak. Saya telah memesan sup campur, roti potong dan juga teh-o ais. Setelah selesai makan, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Semasa di kaunter saya dapati ada pelanggan yang tidak berpuas hati meninggalkan kaunter dengan mimik muka yang marah dan masam. Saya tertanya-tanya mengapa pelanggan tersebut berkelakuan sedemikian mungkin sebab harga, servis dan sebagainya.

Taukeh kedai mengira harga makanan yang saya pesan. Saya begitu terkejut dengan harga yang dikenakan. Harga untuk sup campur sahaja RM9.00. Roti potong 3 keping RM1.00 dan teh ais RM1.80. Harga yang sangat melampau bagi sebuah restoran yang kurang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang kurang baik. Saya rasa marah dan sedikit tertipu dengan harga tersebut patutla ramai pelanggan yang merungut tidak puas hati.

Saya berharap pihak yang berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar peniaga tidak menaikkan harga makanan terlalu tinggi.

By: mohd fazlizan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.