Kecuaian pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang
Saya bagi pihak adik dan adik ipar saya ingin membuat aduan berdasarkan apa yang berlaku terhadap mereka berdua pada selasa 11/10/2011 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.
Adik ipar saya baru melahirkan anak pertamanya di hospital HUKM, cheras jumaat 07/10/11, dan balik berpantang di klang. Anaknya didapati penyakit kuning (Jaundis Neonatal -demam kuning). Oleh itu beliau pergi untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang (HTAR)
Beliau menghantar anaknya pada Isnin 10/10/11 pukul 11 malam. Walaubagaimanapun apabila selesai membuat pendaftaran kemasukkan anaknya untuk mendapatkan rawatan,jururawat di hospital tersebut mengatakan bahawa tiada bed untuk si ibu menunggu dan mengarahkan datang kembali pada keesokkan harinya bermula jam 6.30 pagi. Jadi adik saya membawa isterinya balik ke rumah.
Pada keesokannya, 11/10/11 jam 7.15 pagi adik saya bersama isterinya sampai di HTAR bagi proses penyusuan anaknya. Apabila sampai di bilik dan katil bayinya, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati tiada tag di kaki bayi itu dan mengatakan bahawa itu bukan bayinya berdasarkan warna kulit dan saiz badan bayi tersebut yang agak besar dari saiz badan anaknya. Apabila adik saya membuat bising dan kecoh mengatakan bahawa bayi tersebut bukan anaknya, jururawat datang dan mengatakan mungkin tag kaki tercabut semasa pengambilan darah.
Tanpa membuang masa kemudiannya adik saya mencari dan mendapati bayinya berada di pangkuan seorang wanita INDONESIA dengan melihat tag kaki dan nombor kaki sama dengan nombor pendaftaran anaknya. Bayi itu telah ditukar dari katilnya dan berada di pangkuan wanita tersebut. Apabila ditanya, wanita Indonesia tersebut tidak mengaku mengambil bayi adik saya dan mengatakan bahawa itu anaknya.
Lantas pihak Hospital membuat siasatan samaada kesilapan berlaku dari pihak hospital atau wanita Indonesia tersebut. Tetapi apabila keputusan diberikan, pihak hospital hanya memberi alasan bahawa jika doctor membuat pemeriksaan ke atas bayi, mereka tidak sesekali akan menukar tempat dan katil bayi. Dan mengatakan juga bahawa tiada bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan dan perkara ini kemungkinan terlepas pandang dan salah faham lalu hanya meminta maaf sahaja. Bayi adik saya juga dikembalikan dan ditukarkan semula dari tangan wanita Indonesia tersebut berdasarkan tag kaki bayi. Wanita Indonesia itu dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja.
Berdasarkan apa yang berlaku, adik saya mengatakan bahawa tiada mengawasan yang ketat untuk masuk ke bilik bayi dan kecuaian dari jururawat yang mengambil sambil lewa tag nama. Sehingga juga bayi adik saya discharce pada hari yang sama, guard HTAR tidak langsung melihat tag bayi dan ibu apabila keluar dari hospital. Ini berkemungkinan akan berlaku lagi perkara yang sama pada orang lain di HTAR.
By: rosliza
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Rosliza
-
Suraya
-
rosliza
-
Suraya
-
Saiful Idzham
-
Pawang
-
-
-
Rosliza
-
-
-
Shaeca
-
http://pulse.yahoo.com/_YFGAB5ADHYQ3E2SZAYF74MRUNM Alang
-
Alangsuri
-
-
Scha
-
Ima
-
Ima
-
assyariena_put
-
sihabuddin saidi





