Keadilan Untuk Pekerja Swasta

Salam 1 Malaysia,

Saya wakil kepada pekerja swasta memohon kerjasama kerajaan dan pihak tertentu, dengan ini saya, berharap untuk pekerja swasta yang berpendapatan rendah dapatlah kiranya diberi imbuhan yang wajar kerana pekerja swasta penunjang dan tulang belakang untuk Negara pesat membangun. Kami bersependapat seharusnya untuk pekerja swasta dapatlah di bela oleh kerajaan.

Sebagai contoh pihak kerajaan pantau segala kebajikan pekerja di tempat-tempat kerja swasta, adakah mereka adil terhadap pekerja dan tidak menindas pekerja. Masalah gaji dan kebajikan harus kerajaan ambil berat tentang perkara berkenaan. Walapun banyak perniagaan sekarang, kebanyakan majikan sibuk mengambil keuntungan tetapi kebajikan pekerja diambil ringan.

Saya berharap kepada pemimpin harus mengambl berat tentang isu berkenaan, saya juga seorang pekerja swasta kerana kami mahu dibela dan diberi layanan yang sama seperti pekerja kerajaan.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

Hamba Allah

10 thoughts on “Keadilan Untuk Pekerja Swasta”

  1. saya sokong 101% sebab saya yang mengalami situasi sekarang ne.. kelulusan diploma,kerja d tawarkan peringkat diploma tp gaji taraf SPM..  kerani tmpat saya bkerja tdak sampai setahun sudah 2x ada kenaikan sedangkan saya bekerja dua tahun lebih tidak ada kenaikan… adakah mereka sama bangsa cina sebab tu senang dpt increment?? MArah ne!!!!

    1. Bukan setakat di Malaysia, malahan di Singapore, Indonesia, Brunei … merata tempat & negara lah senang cakap.

      Senang cakap, kalau kau Melayu ataupun India, memang mudah kau menjadi mangsa majikan2 berbangsa Cina.

      Masalah yg pertama ialah racism. Masalah yg kedua ialah discrimination.

      The funny thing is, the Chinese ACCUSE the Malays for being racist (perkauman). Tapi, mcm mana dengan dorang sendiri?

      They are blind to their own fault!

      They refuse to admit that they are far worse than the Malays when it comes to racial discrimination!

      Memang sudah menjadi mindset orang2 Cina utk mementingkan kebajikan org2 Cina itu sendiri.

      They only care for their own kind.

      If you’re not a Chinese, especially if you’re a Malay or an Indian in the context of Malaysia or Singapore, as far as they are concerned, you can go to hell!

      PS. Resign from the job; get another job elsewhere. Insya’allah, rezeki yg halal ada di mana2. Banyak2 bersabar dan berusaha.  : )

  2. lsy berharap sangat pekerja swasta dapat bekerja 5 hari seminggu…kerana pekerja kerajaan boleh bekerja 5 hari seminggu dengan waktu yang singkat kenapa pihak swasta tidak boleh begitu..harap dapat membuat pertimbangan 

    sekian…..

    1. Bekerja di private sector sampai bila2 pun tak akan sama dengan bekerja di public sector.

      Bukan hanya di Malaysia, tetapi di banyak negara2 lain pun sama mcm tu.

      Kalau nak faham kenapa terjadi keadaan mcm ni, aku sarankan kau banyak membaca subjek2 yang berkaitan.

      For a start, read up on public administration and economics.

      Google ajalah ek.   ; )

      1. Kalau asyik nak fikir kepentingan public sector sampai bila kita private sector tak terbela. Sedangkan pihak kerajaan punyai banyak sumber dalaman dan luaran. Kita pihak swasta harap itu sajelah.

        Saya sendiri pernah hadapi masalah, majikan tak bayar gaji hingga berbulan-bulan akhirnya syarikat tu pun dah tutup. Tapi dia punya lembaga pengarah makin bersenang lenang. Segala urusan melapor pada Jab. Buruh dah dibuat. Berkali-kali pergi mahkamah buat hearing. Tapi akhirnya pengarah Jab. Buruh kata fail ditutup. Putih mata kami. Kita ni orang bawahan, siapalah nak sudi tolong. Pihak Jab Buruh memihak pengarah syarikat yang dah memang kaya dan menekan pekerja.

  3. Kenaikan govt tax kpd 6% juga menyumbang kepada keperitan kami di sektor hotel dan resort. Jual mahal, org x dtg. Nak tak nak, segala kos di kawal sana dan akhirnya, gaji dah bertahun x pernah naik, bonus jauh sekali. Syarikat mengumpul duit, bayat tax, bayar segala cukai Majlis Daerah…kami putih mata tengok org dapat itu dan ini..

  4. sokong sangat2.. pengalaman saya tak kurang peritnya.. dengan berbekalkan kelulusan SPM saya bekerja dengan syarikat petroleum terkemuka negara. diambil bekerja secara kontrak, namun tiada pertimbangan majikan untuk menyerapkan saya dan ramai lagi rakan senasib untuk ke jawatan tetap. saya sendiri bekerja selama 11 tahun.. malah ada rakan yang telah lebih 15 tahun bekerja. tiada bonus untuk kami sedangkan pekerja tetap menerima durian runtuh saban tahun.. 5 – 6 bulan bonus tu perkara biasa bagi mereka.. di mana keadilan kepada kami pekerja kontrak yang sama-sama berbakti untuk syarikat.. malah lebih besar tanggungjawab sehingga mengadai nyawa.. terpaksa juga kami harungi untuk menyara keluarga. bayangkan duit perubatan hanya rm400 setahun untuk kami sekeluarga.. murah sangat nilai nyawa kami.. kerana  telah putus asa merayu dan meminta pertimbangan, akhirnya saya mengundur diri.. dengan izinNya rezeki saya lebih terjamin kini biarpun bekerja di syarikat yang tidak se gah mana namanya.. tapi lebih bertimbangrasa dan berperikemanusiaan.. namun jauh di sudut hati saya simpati kepada rakan2 yang masih setia menanti dan berharap akan hadir seorang ketua yang dapat membela nasib mereka di sana.  pihak kerajaan sepatutnya memantau perkara ini.. ramai yang jadi mangsa penindasan kerana takut kehilangan pekerjaan.. terpaksa menerima tanggungjawab pekerjaan yang berat dengan bayaran murah.. dan lebih menyedihkan diberi kata dua seperti ini “jika tidak suka bekerja disini boleh berhenti, kerana ramai lagi yang mahu pekerjaan” begini lah cara mereka menekan pekerja.. sayang sekali ramai yang kunci mulut untuk membahas perkara ini.. 

  5. sy bersimpati mereka…sy pernah kerja swasta dan sekarang sy kerja gov..sewaktu sy kerja swasta dulu..kami telah menubuhkan persatuan yg di daftarkan dgn pejabat buruh dan semua pekerja mesti berdaftar dgn pjbt buruh untukl perlindungan..walau pun pihak pengurusan meminta pekerja hanya menubuhkan kelab dalaman shj…& tindakan kami berjaya..nasib kami terjamin..peraturan yg gov tetapkan ada tetapi msh byk sykt tak patuhi..beri maklumat lengkap kpd gov jika ada yg tertindas…

  6. Jgan lah terlalu demand… ingatlah kebanyakan Majikan merupakan pelabur2 dari syarikat luar… jika pelabur2 menarik pelaburan mereka….. brapa ramai rakyat malaysia akan menganggur….. Jika kita lihat di negara2 luar masaalah yg sama juga berlaku…. Ingatlah lebih baik ada pekerjaan dari tiada……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>