Salam 1 Malaysia,

Saya wakil kepada pekerja swasta memohon kerjasama kerajaan dan pihak tertentu, dengan ini saya, berharap untuk pekerja swasta yang berpendapatan rendah dapatlah kiranya diberi imbuhan yang wajar kerana pekerja swasta penunjang dan tulang belakang untuk Negara pesat membangun. Kami bersependapat seharusnya untuk pekerja swasta dapatlah di bela oleh kerajaan.

Sebagai contoh pihak kerajaan pantau segala kebajikan pekerja di tempat-tempat kerja swasta, adakah mereka adil terhadap pekerja dan tidak menindas pekerja. Masalah gaji dan kebajikan harus kerajaan ambil berat tentang perkara berkenaan. Walapun banyak perniagaan sekarang, kebanyakan majikan sibuk mengambil keuntungan tetapi kebajikan pekerja diambil ringan.

Saya berharap kepada pemimpin harus mengambl berat tentang isu berkenaan, saya juga seorang pekerja swasta kerana kami mahu dibela dan diberi layanan yang sama seperti pekerja kerajaan.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

Hamba Allah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.