≡ Menu

Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar

Tasik Chini ialah Rizab Biosfera UNESCO sejak tahun 2009. Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi di URL ini: http://www.unesco.org/new/en/natural-sciences/environment/ecological-sciences/biosphere-reserves/asia-and-the-pacific/malaysia/tasik-chini/

Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO ini semakin mengalami degredasi pada tahap yang amat membimbangkan. Audit oleh UNESCO terhadap Rizab Biosfera Tasik Chini akan berlangsung pada tahun 2019 ini. Tahap degredasi alam sekitar yang dialami oleh Tasik Chini pada masa ini boleh mengakibatkan Malaysia kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO.

Malaysia hanya mempunyai dua sahaja Rizab Biosfera UNESCO iaitu Tasik Chini dan Banjaran Crocker di Sabah. Kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO boleh menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara yang tidak memperdulikan alam sekitarnya dan ini bukan sahaja akan memberikan kesan dari segi alam sekitar (pencemaran alam semulajadi dan kesihatan manusia) dan sosial (imej negara) malah ke atas politik (hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara lain) dan ekonomi negara (hubungan/imbangan perdagangan antara Malaysia dan negara lain).

BACA:  Aduan Isu Alam Sekitar Benteng Pantai Kelanang, Kuala Langat

Justeru itu, sebagai seorang penyelidik bidang alam sekitar dan mewakili Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM yang amat prihatin terhadap keadaan semasa Tasik Chini, saya ingin menjemput pihak TV3 supaya turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan aktiviti pencemaran ke atas Tasik Chini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

BACA:  Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang

Bersama-sama emel ini saya lampirkan berita-berita terkini di akhbar yang melaporkan keadaan Tasik Chini yang semakin tercemar oleh aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab/mesra alam di kawasan Tasik Chini.

Saya mengalu-alukan maklum balas daripada pihak TV3. Segala bentuk kerjasama yang dapat dihulurkan oleh pihak TV3 untuk membantu menangani isu ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam,
Mashitoh Yaacob
Penyelidik PPTC UKM

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan