Saya yang juga merupakan anak jati daerah Kudat ingin membuat aduan mengenai keadaan jalan raya yang semakin terjejas di kawasan Ulu Kukut. Jalan raya yang merupakan penghubung utama daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas terjejas teruk.

Sebagai pengguna jalan raya tersebut saya sangat kecewa dengan keadaan jalan raya yang sangat teruk. Pihak-pihak yang berkenaan seperti hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Kualiti penurapan amat rendah dan lemah. Walaupun sudah dibaiki, jalan raya tersebut hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat.

Tidak kurang juga dengan keadaan jalan ke Tanjung Simpang Mengayau. Tarikan pelancong dari luar dan dalam negera. Keadaan jalan juga semakin teruk. Kualiti penurapan juga sangat rendah.

Semenjak saya dilahirkan hinggalah sekarang, saya tidak pernah melihat jalan raya yang berkualiti. Diharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan hanya berjanji manis tetapi janji tidak dikotakan.

Sekian, Terima Kasih

By: master

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.