‚Č° Menu

Kasihanilah mereka (Guru KAFA)

Salam jua 1Malaysia, tersentuh hati seorang suami pabila mendengar keluhan si isteri kepada suaminya masalah rakan sekerja selaku pendidik agama; bilamana sudi berkongsi masalah rakan-rakan seperjuangan tempat kerjanya.

2. Kerajaan sudah mengarahkan bahawa sekolah-sekolah KAFA juga telah diberi arahan supaya penghentian yuran bulanan berakhir pada penghujung bulan April 2012. Ada diantara murid-murid yang ibubapanya masih ramai lagi tidak melunaskan yuran anak-anak mereka.

3. Manakala elaun daripada pihak Baitulmal juga sudah tertunggak dua(2) bulan yang sepatut diterima daripada pihak Jawi. Pabila soalan bertanya kepada pihak Jawi; pihak Jawi menjawab, “kami tidak menerima apa-apa bayaran dari pihak Baitulmal..” Bilamana pula bila ditanya kepada pihak Baitulmal, “kami sudah menyerahkan elaun guru-guru kafa daerah cheras kepada Jawi..” ???

4. Beginilah terjadi konfik tolak-menolak antara pihak yang berkenaan. Tidak tahu kemana mereka harus mengadu kerana kebanyakkan mereka adalah golongan Hawa. Mahu tidak mahu, segala kekurangan yang terdapat di sekolah mereka akan ditanggung mereka sendiri dalam dua(2) bulan kebelakangan ini. Masuk bulan May, berkemungkinan juga isteri saya mengajar dengan ikhlas, bekerja dia kerna ALLAH. izin dari suaminya. Tenaga-tenaga pengajar yang lain pula tidak tahu akan nasib mereka.

By: Mohaza Bin Mohd. Nor

{ 1 comment… add one }

  • Suhaiba Anas May 18, 2012, 00:51

    adakah nasib guru2 KAFA di JAWI sama seperti di JAIS?dlm sessi dialog bersama bhgn kewangan negeri 2008,kami pernah menyusulkan cdgn supaya menaiktaraf ‘elaun’ kepada sistem gaji.kami berikan contoh seperti jawatan PAR.Rasa agak musykil bila pekerjaan yg baik seperti kita ini,tidak ¬†dipedulikan hal2 kebajikan.buat rawatan dgn pakar di hospital terpaksa memberitahu ‘tidak bekerja’,tiada kemudahan rawatan percuma..JAIS tidak mengeluarkan GL.
    oleh sebab itu jugalah,bilangan kaum Adam mengisi jawatan itu boleh dibilang.(kaum yg pupus!) walhal kita memerlukan ustaz juga di sekolah2 agama.

Leave a Comment