≡ Menu

Kasarnya layanan kakitangan kerajaan

Selepas membaca aduan “PERKHIDMATAN BANK RAKYAT YANG MENJENGKELKAN”  teringat diri sendiri yang terkena layanan yang hampir serupa. Bulan lepas selepas terbaca di banner yang terpampang depan Sekolah kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid Hulu Langat selangor, yang meminta mana-mana kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008,2007 dan 2006 agar mendaftar jadi saya dan suami saya telah pergi ke sekolah tersebut.

Kami telah disambut oleh seorang kerani perempuan dengan muka yang tiada secebis senyuman dan kasar pula malah telah memarahi kami kerana katanya hanya kanak-kanak yang lahir hingga 1hb Januari 2008 sahaja boleh mendaftar sedangkan di banner tersebut tidak tertulis bulan berapa tetapi hanya tahun sahaja malah menyuruh kami mendaftar ke Sekolah lain kerana kami menjawab kata-katanya itu.

Begitulah yang selalu dihadapi oleh Rakyat dengan kerenah kakitangan kerajaan. Banyak kerajaan berhabis duit buat berbagai kempen agar kakitangan kerajaan sedar akan pentingnya BERBUDI BAHASA, seperti BUDI BAHASA BUDAYA KITA dan SENYUMLAH SELALU tapi ianya hanya sekadar hiasan dinding pejabat-pejabat kerajaan tersebut dan sia-sia duit rakyat dihabiskan membayar gaji mereka.

By: Shahdattul Ellyta

{ 18 comments… add one }

  • rakyat1m'sia May 30, 2012, 14:34

    xkurang juga kakitangan hospital2 kerajaan..nurse muke hampeh sombong +belagak…

    • Tikus gunung May 30, 2012, 15:22

       xsemua staff  begitu,kdg2 kita sudah berikn yg tbaik utk masyarakat tanpa perlukn balasan..mereka juga manusia biasa…biarlah Tuhan yg mbalasnyer..
      Ibarat roda yg bputar…

      • Azizah_rtbsgmuda May 30, 2012, 16:33

        betul  tu Tikus gunung…saya sokong pendapat anda…..x semua kakitangan kerajaan camtu…agaknya kerani tu bergaduh ngan laki dia kut…terbawak2 sampai kat tempat kerja
         

      • Coolgeng_81 May 31, 2012, 14:54

        ya sya se7..x suma staff gov mcm tue. sya penah bdepan dgn staff swsta pun muka kelat …ada yg acuh x acuh..tpi bgi sya tu perkara besa bgi indv yg mungkin bhadapn kecelaruan minda yg tbawa-bwa gi tpt keje. ..

    • JuLia Nadia June 6, 2012, 04:05

      aku paling benci kakitangan hospital.doktor duduk dlm bilik main game.patut la no tak bergerak2..nurse pulak asik berborak.klu nak ikut kan percent yang ok dlm kakitangan hospital,aku rasa dlm 30% je ok.yang lain semua terlungkup

  • Nr_aa75 May 30, 2012, 14:43

    Setuju sgt2…nak jwb call…punyalah payah..depa lebih suka berborak 

  • HAHAHA May 30, 2012, 14:47

    diorg mmg mcm..Masa saya kerja kontrak dgn jabatan kerajaan. Org kerajaan kerja tetap SOMBONG dan BERLAGAK. Tidak semua yang mcm tu ada sesetengah dari diorang..Macam la bagus sangat buat kerja malas nk mampus..Pastu bagi kerja yang berat2 dekat pekerja Sambilan Harian. Yang Kakitangan Tetap duk rileks je..Banyak cantik mUka dia……

    • PenjawatAwam May 30, 2012, 23:29

      masa saya kerja kontrak pun sama nasib mcm tu. tapi Alhamdulillah, bila saya dah tetap, saya tak pernah buat orang lain mcm  tu, sebaliknya, terus diperlakukan seperti semasa kontrak, hanya kerana kini saya ORANG BARU.

  • Fmy 1608 May 30, 2012, 15:16

    nak buat mcmana kan, dinding-dinding tu yg tersenyum. 
    saya pun pernah hadapi keadaan yang sama..sikap kakitangan kerajaan. saya masih ingat, hari saya membayar wang PIBG, di akhir bulan Mac 2012, saya ada bertanyakan dengan cikgu yang bertanggungjawab dgn Zoom A, tentang password anak saya yang masih tidak diperolehi. Cikgu tersebut berjanji minggu berikutnya, password akan diberi. Minggu berikutnya adalah minggu pertama bulan April. Habis minggu pertama, saya bertanya kepada anak saya mengenai password tersebut. Menurutnya, dia masih belum perolehi. Saya sabar lagi. Masuk minggu ketiga, belum juga diberikan password tersebut, saya pun menghubungi pihak sekolah. Seorang kerani menjawab dan dalam masa dia bertanya kepada rakannya, saya mendengar perbualan antara mereka (sepatutnya etika perbualan di talipon, hendaklah menekan butang hold, jadi pemanggil tidak mendengar apa yang dibualkan). Guru penolong kanan menjawab dgn tegasnya memberitahu bahawa semua murid telah mendapat password termasuk anaknya. Berterima kasih kepadanya kerana memberikan nombor handphone cikgu yang bertanggungjawab. Mengejutkan saya adalah jawapan dari cikgu tersebut..’memang saya belum berikan password kepada murid-murid.’ Aik…tadi Guru Penolong Kanan memberitahu semua murid telah dapat tetapi pengakuan jujur dari guru ini mengatakan belum. Macamana? Telus ke tidak? Masa itu juga saya beritahu guru tersebut, ‘Cikgu kena bagi juga pada anak murid password tersebut. Saya rasa, Guru Penolong Kanan tidak mengetahui hal ini kerana apa yang diberitahu kepada saya, semua murid telah dapat. Atau memang cikgu nak saya beritahu?’
    Selepas itu, saya terus call hp Guru Penolong Kanan dan maklumkan perkara sebenar tetapi, beliau seolah-olah tidak mahu mendngar dan mahu cut the line.
    Ohh sedih. 

  • Nadrizzal May 30, 2012, 16:28

    sesetangah kakitangan kerajaan nie makan gaji bute aje.. lagi gaji naik lagi teruk perangai.. tak reti bersyukur bukannye susah sgt pun kerje.. org tanye jawab le bebaik.. 

  • alornk May 30, 2012, 18:30

    sebenarnye isu x sopan, x mesra planggan n seumpamanya xde kene mengene pon dgn organisasinye..itu masalah indvdu itu sendiri. saya sendiri adalah salah sorg kakitagan kerajaan, penah juga pernah melihat atau juga mnglami situasi yg menjengkelkan. x kira sama ada  d hospital ke, pejabat tanah ke even sekolah ke, sama je. malah d company2 swasta atau badan bukan kerajaan pun sama. apa yg terzehir dr sikap mereka bukan bayangakn kepada organisasinya tp sikap mereka sndiri. tp saya percaya mereka smue tentu2nya pernah diberi kursus dan teguran mgnegai sikap2 negatif tu namun sbagai manusia kadang2 ada keadaan yg menekan diri untuk menzahirkan rasa n sikap yg x mesra itu secara tak sengaja. mgkin kerana tekanan kerja, letih dan kurang ilmu serta kepelbagaian asbab lain. x perlu nak menuding mana2 golongan secara umum sdangkan masalah itu hanya berlaku dalam segelintir keadaan dan juga situasi. boleh jadi juga indvdu bekenaan hanya bsikap sedemikian pd waktu itu sahaja, sedangkan pd waktu lain sikapnya ok. saya sendiri juga penah menegur rakan sya yg menjaga di kaunter perkhidmatan yg tidak mesra pelanggan. sebenarny bukan la x mesra cuma dgn wajah x manis (tp bukan serius) die melayan tetamu/pelanggan yg bertanya, dan akhirnya saya amik alih coz sebenarnya dalam pada die tgh bz dgn kerjanya apa yg pelanggan tu tanya die sndiri kurg arif kerana org yg bkenaan x de pada masa tu. so senang cerita, sama2lah kita amalkan nilai2 murni even d mana n kepada siapa pun kita berhadapan. emosi seelok2nya d elakkan namun jika x terkawal, belajarlah cara atasi atau sekurangnya jika ada rakan yg melihat ketidakseimbangan emosi rakannya itu, ambil alihlah sketika.

    • Rian July 26, 2012, 17:46

      Betul …..sa suka komen ini…. dimana pun kita berada kalau hati kita baik, baik la ia….

  • Ctsarah12 May 30, 2012, 19:46

    memang tak semua kaki-tangan kerajaan macam yang saudara tulis. kita pun kena pandai mainkan peranan. setakat ni alhamdulillah . Walaupun di hospital kita tak perlulah minta di layan mesra sentiasa. kesibukan mereka kita tak nampak, kekadang apa yang kita nampak tak seperti yang kita sangka. oleh itu berbaik sangka lah sesama kita. Kalau terkena atau nampak tak betul kita boleh tegur mereka. kalau bila ditegur masih dengan sikap yang sama. terus je tulis surat komplain. direct pada yang berkenaan. Dulu saya pernah kene dengan satu badan beruniform, cuba nak test kesabaran saya. Bila dia tengok ketegasan kita, secara automatic ego dia kendur. alhamdulillah settle.

  • Ro May 31, 2012, 09:47

    harap2 anda semua tidak lah seperti kakitangan kerajaan yg sombong +berlagak tu… 

  • pemerhati bebas May 31, 2012, 15:40

    Tak semua kakitangan kerajaan macam tu.. kenapelah asal disebut kakitangan kerajaan semua nak tuduh perangai tak betul.. kasar tak bertempat.. sy pun penjawat awam jugak, tak delah berkasar dengan orang awam. Perangai buruk kakitangan awam je yang diorang nampak jelas, tapi perangai buruk segelintir orang awam yang berurusan di pejabat tak der lak yang sebok2 nak cerita.. manusia tak semua perangai sama.. jangan sikit2 nak tunjuk kesalahan orang tu jer.. peliklah orang kita ni.. cakap tu main lepas je…

  • Ady_sahardi June 2, 2012, 10:22

    saya rase mmg betul apa yg org ramai komen…klu tak ada angin tak kan pokok boleh bergoyang..klu dah ramai org komplain tu makne nye ada la silapnye..org gov mmg kurang layanan mesra,klu nk dibandingkan dgn swasta.mungkin dlm 100% hanye 30% shj yang mesra pelanggan.selalunye kakitangan swasta mmg menitik beratkan servis kepada pelanggan.jauh beza dgn gov.sy harap kakitangan gov dapat meningkatkan layanan dgn lebih mesra la.klu ada masalah peribadi jgn bawa ke tmpat kje..kita kena lebih propesional.

  • Ishak Rosdi June 28, 2012, 14:14

    ini la hasil temuduga yg  sangat telus & dibanggakan tu…hehehe

  • Darling Sparkling November 9, 2012, 12:08

    x semua kakitangan macam tu…. ada yg mesra sangat2… ada yg sombong sangat2..

Leave a Comment