Aduan Rakyat Online memaparkan aduan yang dihantar oleh rakyat dari serata negeri untuk tatapan umum dengan harapan agar pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan masalah yang diketengahkan.

Q & A dengan Aduan Rakyat Online (ARO)

1. Apa yang mendorong admin untuk menubuhkan website ini?
Saya mendapat idea untuk setup ARO ini selepas melayari website Complaints Board (http://www.complaintsboard.com) dan Indian Consumer Complaints Forum (http://www.consumercomplaints.in). Saya lihat belum ada website yang khusus untuk rakyat Malaysia untuk mengadukan masalah yang dihapadi secara online.

2. Adakah website ini dipunyai oleh badan kerajaan yang memantau isu rakyat?
ARO adalah 100% kepunyaan saya dan bebas dari badan kerajaan.

3. Sejauh mana isu yang diutarakan oleh rakyat mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab untuk diselesaikan?
ARO baru sahaja 2 minggu dilancarkan. Saya agak terkejut kerana sudah banyak aduan yang diterima dalam tempoh 2 minggu ini. ARO memerlukan sedikit masa untuk menarik perhatian pihak bertanggugjawab kerana saya percaya kepada kuasa ‘social network’ seperti yang berlaku di Mesir. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan mereka yang menghantar aduan datang dari Facebook (60%). Ini kerana kebanyakkan aduan yang dihantar di ARO disebarkan oleh orang ramai ke Facebook. Dengan kuasa viral laman social ini insyaallah dapat menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab.

4. Apa perancanngan admin terhadap website ini pada masa akan datang. Adakah admin akan mengambil inisiatif untuk menghubungkan website ini dengan badan kerajaan supaya setiap aduan mendapat respon yang pantas? Atau adakah ianya hanya sebagai medium info kepada kerajaan untuk collect aduan rakyat?
Masih belum mempunyai perancangan tetapi jika ada badan kerajaan atau NGO-NGO yang sudi untuk bekerjasama dengan ARO untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih pantas saya sangat mengalukan.

5. Sekadar memberi pandangan, mungkin admin boleh embedd teknologi twitter coz as we know our PM pon ad twitter @najibrazak. Jika apply teknologi twitter, sy percaya aduan rakyat akan mendapat perhatian dan respon yang pantas dari pihak bertanggungjawab..
Setakat ini, setiap aduan terbaru yang dipublished di ARO akan di tweet secara auto ke laman twitter ARO (www.twitter.com/myAduanRakyat). Itu sahaja yang saya mampu lakukan setakat ini kerana saya sebernarnya tidak ada asas programming. Saya hanya belajar secara trial and error sahaja. Background saya adalah engineering :)