Kakitangan Awam Khalwat Kebal Dari Undang-undang?
Terkilan dengan kes seorang guru wanita ditangkap kerana bersekedudukan tanpa nikah di Ulu Tiram, Johor. Walaupun telah berkali aduan dibuat, masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Oleh itu saya cuba menggunakan medium ini untuk mendapat perhatian pihak terbabit.
Beliau telah diceraikan suaminya pada 23 April 2010 kerana didapati curang dengan seorang lelaki lain berasal dari negeri Pantai Timur. Pada 21 Julai 2010 jam lebih kurang 1.00 pagi di dalam sebuah rumah di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor beliau telah ditangkap kerana bersekedudukan bersama dengan seorang lelaki bukan muhrim dalam keadaan masih di dalam Edah dan beliau disyaki telah beberapa kali telah melakukan persetubuhan haram. Sehubungan dengan itu, beliau telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 29(1)(a) EJSS No. 9/95 (Khalwat).
Beliau telah di lokap semalaman sebelum dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu waktu perbicaraan. Walaubagaimanapun, pihak JAIJ telah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kes ini sedangkan pihak JAIJ sendiri yang membuat tangkapan. Ini membuatkan saya terfikir jikalau bekas suami guru wanita itu sendiri yang menangkapnya dan mengadukan kes itu kepada JAIJ, agaknya berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes itu.
Beliau telah disabitkan bersalah oleh mahkamah. Kes ini telah selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru pada 28 Mac 2011, iaitu selepas 8 bulan insiden itu berlaku. Saya tidak pelik bila membaca mengenai banyak kes-kes syariah yang tertunggak dimahkamah, kalau kes sebegini yang mempunyai cukup bukti pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, apatah lagi yang tiada bukti kukuh.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1,800.00 atau penjara 6 bulan terhadap beliau. Beliau telah pun membayar denda tersebut.
Sementara itu, saya ingin melahirkan kekesalan dimana Kementerian Pendidikan gagal mengambil sebarang tindakan kepada guru wanita itu walaupun ada aduan telah dibuat.
Semasa kes itu belum dibicarakan dimahkamah, pihak kementerian dikatakan menunggu sebarang keputusan dari pihak mahkamah dan menyalahkan pihak JAIJ atas kelewatan kes ini. Walaubagaimanapun, selepas kes ini selesai dimahkamah dengan keadaan beliau didapati bersalah, pihak kementerian masih gagal mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini(15 Ogos 2012), iaitu selepas 2 tahun insiden itu berlaku. Bila diajukan pertanyaan kepada pihak kementerian, mereka tidak memberi sebarang jawapan atau kerjasama yang munasabah.
Malahan aduan telah dibuat kepada PPD Pasir Gudang, JPN Johor dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Saya pernah bertanya kepada seorang pegawai kerajaan tentang kesalahan sebegini, kata beliau biasanya dalam kes sebegini mungkin guru itu boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti gantung perkhidmatan, dipindahkan atau diberhentikan. Dalam kes-kes yang serius biasanya tindakan diberhentikan akan diberikan atas sebab memalukan institusi kerajaan.
Malangnya, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian. Malah,saya diberitahu guru itu dinaikkan pangkat atas ‘kecemerlangannya’ pada 10 Mei 2012. Apa dah jadi? Saya mengesyaki wujudnya gejala rasuah di dalam penyelesaian kes ini.
Pada saya, kes seperti ini tidak patut dibiarkan. Ia akan memburukkan nama baik pendidik-pendidik lain, sesuai dengan fungsi guru untuk mendidik anak bangsa. Jangan salahkan murid kalau murid sekarang rosak akhlaknya. Sebab kita tahu dari mana puncanya, cuma kita tidak mahu ambil tahu. Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
Ini juga membuatkan persepsi masyarakat kepada ketelusan undang-undang terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan yang memalukan jabatan, apatah lagi institusi pendidikan. Adakah penjawat awam kebal dari undang-undang?
By: Khairul ND
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
orang
-
lobai
-
moon
-
farhana
-
sihat
-
azerbaijan
-
abdulah
-
kkk
-
MMHABRAR
-
tommy
-
sayang
-
amopuro
-
Upin & Ipin
-
hang pa tau
-
whtsup





