≡ Menu

Judi internet dan dadah di pusat hiburan

Sebagai seorang rakyat malaysia,saya tidak berpuashati kerana pihak-pihak berkenaan tidak mengambil tindakan maksimum terhadap jenayah diatas.Pusat-pusat judi internet berleluasa bagai cendawan tumbuh disekitar Lembah Kelang.merosak akhlak bangsa melayu khususnya, bangsa lain mengaut keuntungan.Maksud saya buat operasi dan tutup pusat-pusat internet berunsur perjudian.Bukan maksud saya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tetapi tindakan yang diambil seolah-olah lakonan sahaja atas arahan kepentingan pihak tertentu. Sampai bila nak habis….

Begitu juga dengan masalah dadah.Segalanya berlonggok di pusat-pusat hiburan dengan penjenayah,penagih,pengedar dan macam-macam jenayah lagi. Cuba kita lihat sekarang adakah dalam berita atau pun dalam rancangan 999 memaparkan operasi-operasi berkaitan dadah di pusat-pusat hiburan?. Saya yakin mereka yang berhibur dipusat-pusat hiburan 80 peratus positif dadah. Dadah adalah punca segala jenayah dan sampai bila malaysia nak bebas dadah. Kuasa pihak berkuasa terbatas atas kepentingan pihak tertentu…

By: mj

{ 8 comments… add one }

  • Jmf June 6, 2012, 23:56

    TMN PUTRA KAJANG ADA JUDI INTERNET…KEDAI DRAGON 8

  • Mustafa June 9, 2012, 02:34

    ADUAN RAKYAT UNTUK ………POLITIK ……….SEMATA-MATA. BUKANNYA
    UNTUK MEMBELA RAKYAT.   JANGAN JADI ORANG BODOH MENGUTARAKAN MASALAH
    YANG BUKAN SELAIN POLITIK DI ADUAN RAKYAT.  KALAU UTARAKAN MASALAH KELEMAHAN BN JANGAN
    HARAPLAH…… TAK KAN MEREKA NAK MENENTANG KERAJAAN SEDIA ADA DI
    MALAYSIA. FIKIR-FIKIRLAH……….
     

  • Mrssad September 5, 2012, 22:26

    Tempat perjudian dekat miri lagi banyak… Polis dan jabatan kementerian yang bertangungjawab makan rasuah.. 999 datang la miri buat ambush… Tutup pusat2 sial ini. Tolong la…

  • acongbersatu@gmail.com February 23, 2013, 00:47

    Salam 1 malaysia, saya anak jati Kg Medan Atau di kenali dgan Nama BaruTmn Medan, inggin meluahkan rasa sedih di dlm kg sendiri terlalu banyak pusat internet yg menawarkan tempat berjudi secara online.di sebab terdapat pusat perjudian di dlm kawasan kg ini telah banyak jenayah yg berlaku seperti ragut, rompak, samun dn berbagai jenayah yg berlaku di dlm kawasan ini.Di angarkan terdapat 25 buah pusat judi di Pjcc di tmn Medan. Saya berharap kpd pihak yg berwajib dapat penyelesaikan masalah ini dgan segera!!!!! Sekian dari saya ank jati kg medan.terima kasih.

  • Peniaga miskin April 17, 2013, 05:53

    Salam sejahtera. Aduan saya ni taklah besar sangat, kecil saja. saya merupakan peniaga yg berniaga kecil kecilan di tepi jalan, tidak mengganggu lalu lintas pun…tetapi disaman oleh pihak berkuasa kerana tidak mempunyai permit perniagaan. Saya juga diberi amaran, gerai saya akan dirampas seandainya saya tidak menyimpan gerai saya selepas berniaga. Masaalahnya, berdekatan tempat saya berniaga, terdapat warga asing yg berniaga rokok seludup. Barang mereka tidak dirampas. Hanya di saman. Kami yg berniaga makanan halal, mencari rezeki halal, hukuman yg dikenakan terlalu berat. Mereka pendatang berniaga rokok seludup…dibiarkan begitu sahaja? Berkunjunglah ke Sungai Chua, Kajang dan lihat sendiri. Mereka berani berniga terang terangan, hanya bermodalkan meja kecil, kabinet kaca kecil, payung berniaga dan sebuah lampu berkuasa bateri. Datanglah…kami mengalu alukan kedatangan pihak tuan.

  • org tempatan May 18, 2013, 20:58

    saya sanggat terkejut kerana judi haram cyber telah merebak ke seluruh pelusuk daerah2 sabah.judi haram cyber merebak seperti cendawan yg tumbuh selepas hujan.saya kesal pehak berkuasa tempatan hanya diam.dan saya sanggat kesal apa yg berlaku di daerah2 sabah.org2 yg berjudi sanggup menghabiskan wang dan gaji sebulan untuk berjudi.jikalau judi cyber haram ini tida di dedahkan maka lebih ramai lagi mangsa judi haram akan menjadi mangsa.

  • minah bangi May 19, 2013, 12:38

    Premis judi jakpot d mana2 pun ada. Se org pekerja kedai runcit yg bsebelahan dgn premis jakpot bagitau, walau serbuan di lakukan. Alatan judi d rampas. Tapi stengah jam selepas rampasan, semua d kembalikan semula kepada premis berkenaan melalui pintu belakang.

    Di harap PBT & pihak polis jujur dlm melaksanakan tugas mrk. Tugas itu AMANAH.

  • Zawahir RZ May 28, 2014, 03:05

    assalamualaikum..saya nak buat aduan di kawasan rumah saya di rawang terlalu ramai warga asing, banyak pusat2 judi online, dan ada pusat massage yang digaji warga asing menawarkan khidmad seks, urutan batin, boby to body pekerja warga asing disorok sebuah rumah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa, apabila ada costemer sahaja tauke akan panggil khidmat mereka, harap pihak polis buat sesuatu mereka dah sangat melmpau dah macam rase menumpang dinegara sendiri…

Leave a Comment