≡ Menu

Jiran tidak bermoral dan busuk hati

Rumah saya pernah dilempari najis beberapa kali dan fius & CCTV di bakar. Paling menyedihkan sudah merupakan 7 aduan di buat ke Polis tapi masih tidak ada bezanya.  Kejadian terakhir baru berlaku 18 Julai 2011 di mana CCTV saya dibakar sekali lagi.  Pada 14 Julai, CCTV dan fius elektrik saya telah dibakar tanpa saya sedari.  Emak saya tinggal di rumah dan saya menyedari sewaktu saya pulang dari kerja agak lewat malam dalam pukul 10.

Kejadian yang sebelum ini ada juga melibatkan api tetapi dia hanya dinyalakan api di balkoni dan menghala ke paip di balkoni. Walaupun ada debu sahaja jadi bukti dan kesan terbakar di dinding, ia masih tidak mencukupi untuk Polis berbuat tindakan yang wajar.  Jadi kejadian baru ini pun masih tidak cukup kerana tak ada bukti siapa yang buat, akan tetapi saya dan kebanyakan orang hanya boleh mensyaki jiran yang sama. Ini adalah kerana telah terlalu banyak kejadian yang berlaku yang membabitkan dia (jiran bawah rumah saya) tetapi masih tidak ada sesiapa mahupun Polis dapat buat apa2.

Pada kejadian 26 Mar 2011, jiran bawah ini jugak telah melemparkan najis di balkoni rumah. Polis telah mengambil kes ini dan hanya mengklasifikasikan sebagai khianat sahaja. Sebagai jiran, saya dgn rendah diri telah pergi bertemu dan bercakap dengan jiran rumah ini (ibunya) dan memberitahu apa yang berlaku. Emaknya hanya boleh menafikan dan mengaku ia mungkin kerana bising – akan tetapi tidak ada sesiapa pun yang buat bising? Oleh itu polis telah datang utk menahan jiran ini akan tetapi alasan yang diberi mereka tidak ada kunci utk keluar dari rumah pada ketika polis sampai. Polis hanya boleh mensyaki dia gila tapi hospital tidak dapat menahan kerana dia tidak gila. Oleh itu saya menjadi mangsa vandalism atau kekejaman ‘orang’ yang berperangai syaitan.

Apa akan jadi pada saya yang menjadi mangsa kejadian padahal saya tak buat apa apa pun atau mengenali jiran saya ini. Paling menyedihkan saya telah merendah diri dan minta jasa baik dengan pergi berdiskusi bersama dengan emaknya.  Akan tetapi sia sia saja. Jiran ini ada seorang kakak yang telah berkahwin + baby, emak dan juga anak lelaki (dlm linkungan akhri 20an).

Tolong la..apa lagi yang saya mampu melainkan mengadu pada polis .  Saya dah cuba tapi alasan kerana tak ada bukti.  Takda kah cara lain ?  Bila baru ada bukti ? sehingga rumah saya terbakar dan berlaku bertempuran darah>>

By: sriene

{ 3 comments… add one }

  • A Mjid1963 July 19, 2011, 23:33

    Jiran yang tak bermoral hendaklah diberikan ceramah keangaman , pihak yang berwajib perlu memikirkan masa2 yang sesuai memberikan ceramah kejiranan kepada setiap penududuk taman-taman perumahan sekurang2 setahun sekali dan peranan KRT taman tu sendiri hendaklah berfungsi dengan baik. 

  • syah October 22, 2012, 02:22

    aku ada sama problem dengan ko bro..jiran atas umah aku ni mental aku rasa..sakitnya hati aku dengan jiran aku..klu ikutkan hati, nak je aku bakar rumah dia..aku pn dh report polis..mcm biasa xda susulan yg dibuat…

  • abgkl October 22, 2012, 13:46

    maaf mencelah ,antara balasan Allah kepada kita apabila kita bersyukur ialah dengan memberi rezeki yang melimpah luas, antaranya dalam bentuk wang ringgit, pangkat, kebahagian….ank pinak, keluarga bahgia dan jiran yang baik (beriman)..renungrenungkan diri kita, ada ke kita melakukan kesilapan menyebabkan Allah menguji kita dengan jiran yang jahat.banyak-banykan berdoa dan berusaha berunding dengan pelaku tadi dengan perantaraan orang yang berpengaruh ditempat anda insyallah dia malu.

Leave a Comment