Jambatan Labuan – Menumbok: Realiti dan Fantasi

Pertama sekali tulisan ini diajukan sama sekali tidak mempunyai unsur politik tetapi melihat kepada keperluan dan permasalahan semasa masyarakat di W.P Labuan. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan kehadiran PRU 13 yang dijangka akan dilaksanakan sedikit masa lagi. Permasalahan ini telah wujud sejak sekian lamanya, seingat saya sejak saya kecil lagi dan kini sudah berumur 35 tahun.

Rasanya saya tidak perlu memperkenalkan dimana lokasi dan sejarah W.P Labuan itu sendiri, pastinya pihak TV3 mempunyai capaian akses maklumat yang lebih baik daripada saya. Namun apa yang ingin saya usulkan disini adalah masalah PERKHIDMATAN FERI RORO yang menghubungkan diantara W.P LABUAN dan tanah besar SABAH melalui sebuah pekan kecil yang dinamakan MENUMBOK. Sejak sekian lamanya, selain pengangkutan udara (yang kosnya semakin mahal antara RM200 hingga RM 300 seorang sehala) para penduduk di sini lebih mudah menggunakan perkhidmatan ;

  1. bot laju aka “the flying coffin” dengan tambang RM 15.00 seorang sehala (45 minit perjalanan)
  2. ekspress Labuan – Kota Kinabalu dengan harga tambang RM 35.00 seorang (3 jam perjalanan)
  3. perkhidmatan feri roro dengan harga tambang RM 5.00 seorang (2 jam 30 minit perjalanan)

PERMASALAHAN

Sejak akhir-akhir ini, masalah pengangkutan khusunya yang melibatkan perkhidmatan feri roro semakin hari semakin “tenat”. Meskipun pelbagai gesaan masyarakat setempat yang mahukan perkhidmatan ini ditambah baik sehingga kini tidak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi idea untuk membina JAMBATAN untuk menghubungkan W.P LABUAN dengan MEMPAKUL/MEMUMBOK telah diilhamkan oleh pemimpin terdahulu masih dipandang remeh. Masyarakat disini yang berbilang kaum, agama, budaya malah jalinan keluarga yang pelbagai mendampakan jaringan hubungan pengangkutan yang lebih efisien bagi memudahkan pelbagai urusan dilaksanakan dari segi ekonnomi, sosial, keluarga dan pendidikan. Antara masalah perkhidmatan feri roro kini ialah ;

  1. Kemudahan feri WAWASAN PERDANA yang sering rosak membebankan pengguna apatah lagi semasa perkhidmatannya diperlukan (cuti perayaan, cuti sekolah, cuti umum). Terkini pengguna terkandas di lautan selama lebih kurang 5 jam akibat kerosakkan enjin.
  2. Kemudahan didalam feri yang kurang memuaskan dan tidak mesra pengguna. Cth : tandas yang rosak, tidak bersih dan kemudahan kerusi penumpang yang agak uzur.
  3. Jumlah penumpang yang tidak menepati had maksimum bilangan penumpang yang ditetapkan oleh Jabatan Laut (terutama semasa cuti) yang mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa apabila berlaku musibah dilaut.
  4. Ketiadaan alternatif lain bagi masyarakat disini untuk mengunjungi tanah besar Sabah dengan memandu sendiri.
  5. Jadual perkhidmatan feri yang tidak fleksibel.
  6. Pertambahan feri baharu KIMANIS 1 yang beroperasi pada pertenggahan Ogos 2012 tidak memberikan impak yang ketara dalam membantu menyelesaikan masalah ini.

LANGKAH PENYELESAIAN

Sejak beberapa tahun dulu, wakil rakyat disini telah mengusulkan untuk membina jambatan yang boleh menghubungkan antara W.P LABUAN dengan SABAH melalui MEMPAKUL/MENUMBOK. Malah satu kajian bagi mengenalpasti relevannya cadangan tersebut telah dilaksanakan yang diketuai oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kertas laporan yang lengkap telah dihantar kepada pihak kementerian yang pastinya mengungksikan pelbagai maklumat, data dan cadangan pro serta kontranya pelaksanaan projek terbabit. Desas desus mengatakan bahawa projek ini boleh dilaksanakan dan membawa impak yang positif terhadap perkembangam ekonomi di W.P LABUAN. Pada pendapat saya, antara kesan positif yang boleh diterima secara terus melalui pelaksanaan projek ini ialah ;

  1. Harga bahan mentah di W.P LABUAN akan lebih murah@sama seperti di SABAH.
  2. Mobiliti masyarakat akan lebih anjal.
  3. Pelaburan baharu akan bertapak di W.P LABUAN.

Sehubungan itu, saya memohon jasa baik pihak TV3 untuk turun padang dan meninjau semula perkembangan semasa perkhidmatan feri roro ini dan melihat semula kewajaran pembinaan jambatan antara W.P LABUAN dan SABAH. Ini mungkin hanya cerakian permasalahan yang wujud yang hanya mampu diungkapkan melalui tulisan yang biasa ini, namun pastinya perkara ini akan dapat dikupas dengan lebih teliti dengan kehadiran pihak TV3 ke “PULAU MUTIARA LAUT CHINA SELATAN” ini.

By: SARADLI BIN HJ. ARSAT

5 thoughts on “Jambatan Labuan – Menumbok: Realiti dan Fantasi”

  1. pertama kali pergi Labuan melalui Menumbok satu pengalaman yg tak dpt lupa. Sbb nak cepat kami naik bot laju, memang betul macam “flying coffin”. takutnye… dgn bawak anak2. Masa balik naik feri, tp lama la sgt.
    saya sgt menyokong perlu ada pembaharuan demi keselamatan rakyat jelata, yg rata2 tak kaya mana.

  2. kami rakyat terengganu juga mahu pemimpin beri perhatian. caranya kami sokong Pas masa PRU11 yg lepas. pastu baru BN buka mata. tiba2 nak buat pembangunan. camtu la, negeri lain pun kena buat camtu, baru BN celik mata.

  3. Dah tahun kelima saya duduk di Labuan perkhidmatan feri roro masih lagi tak memuaskan walaupun ada feri tambahan.. Jadual perjalanan untuk feri Kimanis 1 hanya dapat 1 trip sahaja berbanding dengan feri warisan dan feri wawasan..

  4. bro xyah bising2 bro… bak kate bapak segala bapak kemodenan pati dr mahataik…. sabah dan sarawak tguuuuu smpai sumber alam dikeluarkan bru sabah dan sarawak berkembang.. tapi persoalannya smpai bila palui?????…. smpai kami mati or smpai anak cucu kami mamposss or smpai sumber alam kita habis diratah oleh kroni2nya……..kita merdeka dh lbih kurg 50 thn dh tp habuk pon tarak… kita masi pkai yg zaman jepun n british pnya… cuma kerajaan kc upgrade sejengkal ja… huhuhu… klu kmudahan paling asa pn xleh nk bagi phuiii tgu ko PRU13………

  5. Tambah Feri 2,3 pun tak sama macam Jambatan. Pulau Pinang boleh buat 2 jambatan kenapa Labuan tidak boleh. Empat tahun hasil Minyak & Gas Labuan sudah cukup buat Jambatan. Hasil sudah keluar berrpuluh tahun kata TPM Muhidin Yassin tak berbaloi dan jangan harap bulan jatuh ke riba. Ada Jambatan pelawat dari Sarawak, Brunei, Sabah senang datang, aliran wang/ekonomi juga rancak, baru ada perubahan. Bayangkan jika ribuan manusia datang ulang alik dalam sehari, setiap seorang belanja RM10/- sahaja seorang, berapa sudah wang masuk dalam sebulan/setahun. Orang Labuan belanja di KK tak mengapa, semua dapat untung, ‘Win win situation’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>