≡ Menu

Jambatan Kg Teresek, Repek, Pasir Mas Hampir Roboh

Saya mewakili pengguna jambatan Kampung Teresek ingin membuat aduan mengenai kerosakan teruk pada jambatan tersebut.

Jambatan ini menjadi laluan penting kepada penduduk kaum buddha (perkampungan) dan dua buah kampung melayu. Laluan ini adalah laluan harian untuk orang ramai ke sekolah, keluar ke pekan dan lain lain urusan.

BACA:  Masalah Bekalan Air di Salor

Melihat kepada jambatan tersebut, keadaannya amat membimbangkan kerana pagar2 jambatan hampir roboh, berkarat dan dibawahnya terletak sungai. Ia nya sangat bahaya kepada pelajar2 yang berbasikal ketika waktu pagi untuk ke sekolah. Selain itu jambatan ni juga kecil dan hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Jambatan ini memang sedia nampak ‘buruk’ namun baru2 (sebualan lepas) ini tiang2 jambatan tersebut mula tercabut. Hampir sebulan kejadian ini berlaku namun tiada inisiatif ataupun tindakan dari pihak berwajib.

BACA:  Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai

Saya berharap usaha saya ini mendapat pertimbangan dari mana mana pihak untuk keselamatan kami bersama.

Sekian terima kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Bekalan Air di Salor Saya salah seorang anak penduduk di kawasan Salor, Kota Bharu Kelantan. Kami disini mengalami masalah bekalan air sejak 5 Jun 2018. Tangki statik ...