≡ Menu

Jalan Rosak di Kampung Beting Maro

Betapa gembiranya kami penduduk kampung Beting Maro apabila telah berpuluh-puluh tahun siapnya jalan yang berbatu menghubungkan kampung kami ke dunia luar dan telah diwar-warkan dalam suratkhabar keprihatinan pihak kerajaan ini.

Selama ini warga Kampung Beting Maro hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan air yang bergantung kepada pasang surut air. Walaupun jalan raya tersebut bukan jalan yang bertar tetapi kami dapat memandu secara perlahan-lahan dan penuh berhati-hati demi untuk sampai ke kampung sendiri menggunakan kemudahan yang kerajaan sediakan ini.

BACA:  SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan

 

Namun setelah beberapa bulan ini jalan rosak teruk dan membahayakan penduduk sekiranya memandu kereta ke kampung. Mohon bantuan segera daripada pihak agensi yang berkaitan untuk membaikpulih jalan raya berbatu yang semakin hari semakin teruk dengan lubang-lubang yang perlu di timbus semula, supaya warga kampung dapat menggunakan jalan tersebut dengan selamat dan memudahkan urusan kecemasan sekiranya berlaku.

BACA:  Larangan Beli Minyak Petrol Guna Bekas

Kami mohon agar dipercepatkan pembinaan jalan raya bertar untuk jalan raya ke Kampung Beting Maro dan Kampung Paloh ini yang hanya beberapa kilometer sahaja dan tidak menelan belanja puluhan juta, agar tidak mudah rosak seperti sekarang. Keprihatinan kerajaan terhadap keselesaan warga kampung Beting Maro dan kampung Paloh amat kami hargai.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Larangan Beli Minyak Petrol Guna Bekas Stesen Minyak Petronas, Kuching Family Park, Jalan Sultan Tengah enggan menjual minyak menggunakan bekas kepada pengguna. Alasan diberikan mereka ...