≡ Menu

Jalan rosak dan berlubang

Saya Niemma dari kampung bongkol pitas ingin meluahkan rasa tidak puas hati dan minta perhatian pihak aduan rakyat agar jalan ke kampung bongkol pitas dan sekitarnya dapat dibaiki agar penduduk sekitar dapat menikmati jaln yang berturap selaras penduduk kampung lain yang berhampiran. sehingga kini jalan ke kampung saya (kg.bongkol pitas sabah) tidak diambil perhatian.walaupun sudah banyak aduan dibuat tapi pihak bertanggungjawab seperti tidak mahu ambil peduli keadaan jalan ke kampung kami walhal kampung lain sudah menikmati jalan yang berturap.

walaupun ada usaha untuk membaiki jalan tersebut tapi sehingga kini belum nampak hasilnya.jalan yang sudah berturap pun belum setengah jalan sudah rosak.sya tidak tahu bagaimana hendak memperincikan tentang jalan tersebut tapi berharap sangat pihak aduan rakyat dapat membantu kami penduduk kampung bongkol dan sekitar untuk mendapat pembelaan yang sepatutnya terimah kasih

By: NIEMMA

{ 1 comment… add one }

  • Kimieselim March 26, 2012, 04:35

    Saya Mie penduduk Kampung Sungai Semiar Sik Kedah ingin meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan jalan raya yang berlubang-lubang disepanjang jalan kampung begia ke Jeneri. Perkara ini berlaku sejak 6 bulan lalu namun tiada tindakan dari pihak yang berwajib. Kedalaman lubang-lubang tersebut adalah dianggarkan dalam 6 inci dan keluasannya sekitar 6 kaki. Lubang tersebut boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut.. Jangan sampai sudah terantuk baru nak terngadah..

Leave a Comment