≡ Menu

Jalan Kerap Rosak di Kampung Serting Tengah

Aduan ini berkenaan kerosakan jalan raya di Kampung Batu 38, Kampung Serting Tengah yang bukan sahaja telah mengakibatkan kemalangan  dan kerosakan tayar kenderaan malah penduduk berhampiran juga berasa tidak tahan dan tidak selesa dengan bunyi kuat sekiranya terdapat kenderaan berat seperti lori melanggar lubang ini terutama di waktu malam.

BACA:  Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungjawab

Jalan ini merupakan antara jalan utama menghala ke Muadzam dari Kg. Serting Tengah dan acapkali berlubang dan dibaiki tetapi masalah ini akan terus berulang dan berlubang kerana lori-lori besar juga melaui jalan ini .

Sehubungan itu, jabatan dan agansi yang bertanggungjawab disaran untuk turun padang menilai dan membaik pulih jalan ini dalam kadar segera dengan menggunakan kaedah yang lebih efisien dan berkualiti agar masalah ini dapat diatasi sebaiknya.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan