Saya merujuk tentang kebahayaan penduduk di Puchong Prima yang menggunakan jalan raya yang berlubang dan tidak rata serta simpang empat yang merbahaya untuk kerja dan penggunaan seharian mereka.

Apa yang sedih adalah tentang pengguna motosikal apabila mereka menggunakan jalan raya utama iaitu Pesiaran Permai untuk memasuki Taman Puchong Prima, jalan yang tidak rata dan berlubang, sentiasa berlaku kemalangan yang sia sia! Pada waktu malam yang berlakunya kemalangan2 ini. Tak silap, ada lebih kurang 10 hingga 15 lubang yang besar di jalan utama ini! Apatah lagi orang awam yang menggunakan jalan utama ini pada waktu malam selain daripada penduduk Puchong Prima?

Satu lagi yang teruk lebih membimbangkan lagi simpang empat dari Jalan Prima 3/2 yang menghubungi Jalan Utama, Pesiaran Permai (Berhadapan dengan Pasaraya OTK). Beratusan kemalangan berlaku di sini, terutamanya penunggang motosikal! Punca utama kemalangan adalah tiada lampu isyarat di simpang empat ini. Tiga atau empat hari yang lepas, berlaku satu kemalangan dashyat yang membabitkan seorang penunggang motosikal mati dilanggar kereta. Satu nyawa hanya hilang begitu sahaja!

Apakah pihak berkuasa hanya berdiam diri tanpa berbuat apa2 jalan penyelesaian untuk masalah yang teruk begini? Berapa banyak nyawa yang tunggu untuk diragut lagi?

Saya harap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin kerana banyak nyawa lagi akan terancam dengan kebahayaan jalanraya sebegini!

By: 1MalaysiaGuy

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.