≡ Menu

Jabatan Imigresen Paksa Potong Bayaran Koperasi KOPRIMA

Apa Muslihat Koperasi KOPRIMA dengan Ketua Pengarah Imigresen (KPI) dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan)?

Hari ini, 7 Jun 2018 adalah hari gaji awal kakitangan awam sempena Aidilfitri. Mengejutkan, berdasarkan slip, gaji kami pegawai-pegawai Imigresen dipotong sebanyak RM239.00, ada yang kena RM89.00 dan dicaj sebagai Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman).

Sedih, duit gaji persiapan raya kami dipotong TANPA RELA kepada Koperasi yang kami tidak menjadi ahli.

Saya membantah penganiayaan oleh Ketua Pengarah Imigresen dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) ini atas alasan:

BACA:  Lembaga Peperiksaan Tidak Kemaskini Keputusan SPM

1. Kami tidak pernah menyertai mana mana koperasi berkaitan imigresen;

2. Kami tidak pernah memberi kebenaran untuk pemotongan gaji dibuat kepada KOPRIMA.

3. Ini adalah pelanggaran HAK ASASI kami sebagai pekerja di mana hasil titik peluh kami telah DIROMPAK oleh KOPRIMA.

4. KPI dan TKP(Pengurusan) ada kepentingan dalam urusniaga KOPRIMA.

5. Hasil gaji kami DIROMPAK untuk dibahagikan kepada ahli KOPRIMA berdaftar.

BACA:  SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan

Pohon siasat dan pohon JPA ambil perhatian berhubung penganiayaan oleh Pegawai Kanan Kerajaan ini.

Dengan nama Allah, aku sumpah Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan yang terlibat memotong duit gaji aku, persiapan raya keluarga aku, duit untuk sedekah mak bapak aku kali ini tanpa akad dan tanpa kerelaan aku, agar terima laknat dan bala Allah dengan segera di dunia… sesungguhnya aku tak redha!!

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan