Jabatan Agama Islam Terengganu tidak ambil tindakan

Assalamualaikum W.B.T

Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Agama Islam Terengganu. Sudah beberapa kali saya membuat aduan mengenai maksiat yang berleluasa di negeri ini tetapi masih tidak ada sebarang tindakan. Cakap nak cegah maksiat, tetapi bila orang buat aduan lansung tiada tindakan.

Baru-baru ini saya ada membuat beberapa laporan tentang suami saya yang selalu menghabiskan masa bersama pelacur dan minum minuman yang memabukkan di sebuah permis karaoke di sekitar sini. Suatu hari tu, saya pernah survey suami saya di sana. Sebagai seorang Islam, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ramai orang seagama asyik dengan minuman syaitan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mnelanggan pelacur-pelacur di situ. Tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan yang sewajarnya.

Sila adukan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan supaya maksiat di negeri Terengganu tidak akan terus berleluasa kerana memang sudah tugas sebagai umat Islam untuk mencegah maksiat.

By: farah

4 thoughts on “Jabatan Agama Islam Terengganu tidak ambil tindakan”

  1. aku ingat serambi mekah ni maso dulu memang teror sekali bab ugamo..sekarang aku tau bapak adik masiat yg belaku sarban hari..ado sajo kes itu inie,…

  2. amat mendukacitakan apabila aduan saya sekali lg diperlekehkan..  apa nk jadi dgn jabatan ugama islam terengganu kite nie.. lansung x ambil tindakan.. tdk lebih dari itu, diorang sanggup berbohong utk menutup kelemahan diorang.. kalau dh checking, macamane premis tu tetap beroperasi seperti biase dan masih menerima kunjungan ramai daripada kaki2 botol yg x sedar diri.. hari2 mabuk woo..yg paling menyedihkan, ramai lg umat islam minum minuman yg memabukkan itu.. tak kira tua mahupun muda..yg dh jd datuk nenek org pun ade same berlumba2 utk kemaksiatan.. sape yg nk tanggung sume dosa nie? oppss..mungkin PEGAWAI2 JABATAN UGAMA ISLAM TERENGGANU kot…   ataupun kami blh tuduh bahawa pegawai2 jabatan ugama islam terengganu nie turut tumpang sekaki.. that’s why xder tindakan kot.. bkn sekali aduan yg sy buat, malah berkali2…nk bukti ape??? survey la dulu sekali.. ataupun terus masuk serbu, dpt minum free! ini betul2 mengecewakan..jauh berbeza dgn jabatan agama islam di negeri2 lain.. diorang punye keoperasian amat kuat dan berterusan.. org buat aduan, terus ada tindakan dgn serta merta.. nie terengganu punye ape?? mkn gaji buta.. hok bdk skolah tepi pantai sibuk sgt nk denda..amat dikesali dan amat mendukacitakan.. inilah ganu kite!! konon2nye mengaku negeri islam tp byk kemaksiatan..tdk blh dicegah lg..buat malu ke penyu je!

  3. Oi Tok MB…tengah buat ape tu? Tak nampak ke syaitan iblis bertopengkan manusia tengah khayal dan asyik  buat maksiat? Dah berkali-kali aduan dibuat, masih juga tak nak ambik tindakan? Ni memang sah dah dapat habuan ni…Kalau nun kat KL operasi D7 tak henti2 dibuat, kenapa pulak D7 Trengganu kite senyap je? Tak payah lah yang dari KL datang mari baru nak operasi…masa tu semua dah basi..buatlah sesuatu untuk menghentikan maksiat yang berleluasa tu sementara kuasa masih di tangan mu…nanti kuasa tu dah ditarik, tak guna lagi nak bertindak…nasi dah jadi bubur…jagalah imej jabatan dan yang penting jagalah imej Islam yang kita agung-agungkan sebelum datangnya kemurkaan Yang Esa…bangunlah wahai pihak Jabatan Agama Islam Terengganu…cegah sebelum parah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>