≡ Menu

Isu Pertukaran Guru

Salam 1 Malaysia

Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru. Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari. Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana. Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat. Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Rayuan tidak tahulah sudah berapa kali. Merayu dan terus merayu. Begitu juga kepada rakan-rakan yang senasib dengan kami. Alasan dan kata-kata semangat di Kementerian pelbagai bentuk kadang kala saya dah boleh tahu skrip yang sentiasa mereka gunakan setiap kali rayuan dibuat.

Alasan yang mereka gunakan adalah tiada kekosongan, isu keselamatan, isu kesihatan dan sebagainya. Tetapi saya lebih tertarik dengan isu keselamatan. Adakah sampai isteri/suami atau anak-anak kita terancam baru boleh bertukar? Mungkin mati dibunuh atau sebagainya. Kenapakah pihak kementerian tidak memandang lebih serius perkara-perkara seperti ini.

Hari-hari di media cetak dan media elektronik sentiasa highlight pelbagai isu jenayah yang amat kritikal. Saya amat risau keselamatan keluarga saya di Perak. Seperti ada pepatah melayu mengatakan batuk ditimpa tangga baru nak beri peluang. Selain itu pihak kementerian juga selalu mengatakan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah antara negeri-negeri yang amat susah untuk berlaku pertukaran terutama guru-guru j-Qaf.

Sampai bila perkara begini akan selesai. Hinggakan setiap kali pertukaran berlangsung, di paparan website kementerian akan tertera kekosongan untuk guru-guru ini bertukar ke negeri yang disebutkan tidak ada kekosongan. Seperti ibarat tunggu bulan jatuh ke riba. Saya memohon Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia memandang serius perkara ini kerana ini adalah salah satu kebajikan para guru yang ingin mendidik anak bangsa.

Saya memohon maaf sekiranya email ini agak keterlaluan tetapi ini adalah luahan isi hati suami yang ingin hidup bersama-sama keluarga tercinta. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak cuma kami ingin mendapat sedikit feed back yang positif daripada pihak kementerian. Lagipun bulan November ini pun telah diisytiharkan sebagai bulan keluarga oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Jadi bagaimana hendak mengukuhkan institusi keluarga kalau sorang di timur dan sorang dibarat. Harap Maklum. Sekadar luahan perasaan oleh seorang suami. Terima Kasih.

By: Nasir Terengganu

{ 9 comments… add one }

  • Jauh di Seberang laut November 15, 2012, 16:12

    sangt mendukacitakan… 1st batch ke Swak..tp smpai skrg permohonan utk pertukaran masih x berjaya… tiap2 tahun mohon..tiap2 taun buat rayuan…. Tp maish lagi tidak berjaya..Mohon d luluskan terutama bagi yang sudah berkeluarga

  • Lumrah November 15, 2012, 21:50

    Mereka kat pejabat tu apa peduli nasib orang lain. Kalau dah kena pada diri sendiri baru mereka sedar.Ramai orang yang dapat berpindah kerana menggunakan pengaruh ahli politik. ini menyebabkan mereka yang sepatutnya dapat berpindah disisihkan.

  • sabar November 24, 2012, 11:59

    saya ada masalah kesihatan serius. Dah 2 kali pembedahan pun tak dapat pindah. Kena ada cable besar baru dpt pindah. ada jg kenalan tidak ada masalah kesihatan @ apa2 sebab dah pindah byk kali sbb suku sakat dia ada kt pejabat tu. Telefon jer terus dpt pindah. Orang yg sepatutnya pindah tak dpt pindah tp org yg tak layak pindah dpt pula. Penganiayaan berlaku di mana2. jgn sedih, segala sesuatu kejadian pasti ada hikmah. Berserah saja pada Allah swt

    dunia ini umpama roda.

  • cadangan December 1, 2012, 00:27

    cadangan..

    perlu ambil perhatian..jika saudari berpindah dan ada pengganti..saya rasa tiada masalah…

    tetapi jalan terbaik..saudari letak jawatan… demi keluarga..

    • Yatt December 16, 2012, 13:29

      Sy ni senasib ngan isteri saudara nasir nih…sy dh tolong KPM carikan pengganti..tp masih xdapat jugak..adakah bhagian pertukaran guru kpm, skadar goyang kaki?

  • CEPLOS December 6, 2012, 10:58

    BETUL..APA SUSAH2. LETAK JAWATAN CARI KERJA LAIN YANG DEKAT DENGAN ANAK BINI DAN RUMAH KAMPUNG HALAMAN..

  • Nor January 22, 2013, 21:33

    sy faham dgn situasi saudara…sy pn menrima nasib yg sama…saya mengajar di sarawak …suami pula di penang…saya tinggal di sini bersama anak kami yang masih kecil…Disebabkan kos pengankutan yang tinggi kami hanya dpt berjumpa paling cpt dua bln sekali .hanya yang berada dlm situasi kita sja yang thu susah senang hidup berjauhan….sbar je la…

  • Sakit Ati January 30, 2013, 23:13

    sy pun nk pindah..anak n suami di selangor..n sy mengajar di johor…smggu skali ulang alik pegi slangor jlnkan tggungjwb sbg ibu n isteri..tp y mengecewakan sy..PK1 skolah sy tidak bg sy isi etukar…katanya..kena keje smpai 3 thn bru blh isi e-tukar..mcm2 alasan n crita dia bgtau kat sy utk mengelakkan sy bertukar..seolah2 sy ni bakal jd pengetua plak kat skolah tuh.

    dlm skolah sy..hanya 2 org jer kut y PJJ ngan anak suami..xkan nk lepaskan 2 org pun xboleh..erm..susah hati plak fikir pihak pentadbir skolah y selfish!

  • Guru Kelantan September 13, 2013, 23:26

    biasa lah perkara macam ni. KPM ni dapat menteri baru yang kuat jadi ikut suka dia la nak buat apa pun. cakap tak serupa bikin

Leave a Comment