≡ Menu

Isu Pembayaran Elaun Petugas Sukarelawan APM

Saya juga salah seorang petugas APM di daerah Muar. Setakat ini di Johor belum ada masalah elaun tertunggak. Namun begitu, terdapat sedikit kelewatan dari segi bayaran disebabkan masalah Sistem.

Bermula tahun 2017 pembayaran elaun Sukarelawan APM telah menggunapakai sistem baru yang ternyata membebankan kami yang mempunyai komitmen bulanan akibat kelewatan bayaran.

BACA:  Gangguan Bekalan Air di Taman Universiti, Semeling, Bedong, Kedah

Setiap bulan saya terpaksa menanggung kos denda lewat bayaran pinjaman pendidikan yang menyebabkan saya sering menghadapi masalah kewangan.
Diharapkan pihak kerajaan dapat menambahbaik serta menyelesaikan masalah ini agar kami lebih selesa dan tidak terbeban dengan masalah ini.

Prestasi kerja turut terjejas jika masalah ini berterusan tanpa penyelesaian yang baik.

BACA:  Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali sebagai JPAM

Sekian, Terima kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Kelicap Satu lagi tapak pembuangan sampah baharu telah di buka di Kampung Kelicap, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kawasan pembuangan sampah tersebut terla...
Banjir Kilat Bulanan Penduduk Taman Kuso, Kota Tin... Tuan/ Puan, Saya mewakili penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi bagi Jalan Balau 4, 5 dan 6 hari ini tergerak hati untuk menyampaikan aduan masalah ...