≡ Menu

Iklan lucah undang masalah sosial kanak-kanak, remaja

IKLAN lucah dan tidak bermoral boleh mengundang masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Siti Rahayu Zakaria berkata, hal demikian kerana golongan tersebut paling mudah terdedah dan meniru sebarang aksi atau mesej dipaparkan menerusi iklan tersebut.

“Tidak dinafikan, pihak kami banyak menerima aduan tentang isu ini. Ramai ibu bapa bimbang terhadap pengaruh yang dibawa iklan seperti ini.

BACA:  Gangguan Karaoke Tengah Malam di Sungai Papar

“Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab di sebalik pengiklanan tidak bermoral ini,” katanya.

Siti Rahayu memberitahu, pihaknya memandang serius isu tersebut. Justeru, FOMCA mengalu-alukan orang ramai untuk beri kerjasama, membuat aduan terhadap sebarang pengiklanan negatif sama ada di kawasan awam mahupun media sosial.

“Aduan mereka amat penting untuk menangani masalah ini. Jika (laporan) diterima, pihak kami akan serah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk perhatian dan tindakan mereka.

BACA:  Pelarasan Gaji PPMS KEMAS

“Semua laporan akan dikumpul dan dibentang semasa mesyuarat tahunan FOMCA. Jika masalah dilihat semakin serius, perbincangan lanjut akan dibuat bersama pihak berkuasa untuk mencari jalan penyelesaian,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan