HKL tak terima pekerja swasta

Saya ke HKL pada 10.11.10 untuk membuat “general medical check-up” dan pergi ke reception bertanyakan tempat sebenar untuk melakukannya untuk tujuan pekerjaan. Mereka mengarahkan saya pergi ke wisma kayu.

Sebaik sampai ke wisma kayu, receptionist lelaki disitu memberitahu bahawa perkhidmatan medical check up hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja dan tidak kepada pekerja swasta. Yang membuat hati saya panas, dia langsung tidak peramah dan tidak mempunyai apa apa jawapan bila saya ajukan soalan, kenapa tidak? dan dia tidak mempunyai apa apa memo yang boleh menyokong kenyataannya.

Tidak puas hati dengan layanan dan sikap pilih kasih tersebut, saya hantar email kepada pengurusan HKL melalui laman web, tetapi hingga sekarang tidak seorang pun yang menjawab pertanyaan saya.

Soalan saya, kenapa HKL tidak terima pekerja syarikat swasta? Sedangkan HKL adalah hospital awam bukan hospital untuk kakitangan kerajaan. Apakah status tersebut telah ditukar?

By: Hasliza

3 thoughts on “HKL tak terima pekerja swasta”

  1. Lazimnya pemeriksaan kesihatan utk tujuan masuk kerja bagi penjawat swasta akan dibiayai oleh syarikat tersebut melalui panel2 klinik yg dipilih oleh syarikat berkenaan.

  2. sape2 pun diterima untuk membuat medical check-up di HKL, tapi kalau yang nak guna panel syarikat atau srt jaminan (GL) syarikat memang tak bolehlah, kene byr sendiri kmudian claim kt syarikat semula, cuma situasi sebenar kita tak tahu jika surat permohonan untuk membuat pemeriksaan dari syarikat tersebut perlu dilakukan di tempat2 tertentu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>