Saya ke HKL pada 10.11.10 untuk membuat “general medical check-up” dan pergi ke reception bertanyakan tempat sebenar untuk melakukannya untuk tujuan pekerjaan. Mereka mengarahkan saya pergi ke wisma kayu.

Sebaik sampai ke wisma kayu, receptionist lelaki disitu memberitahu bahawa perkhidmatan medical check up hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja dan tidak kepada pekerja swasta. Yang membuat hati saya panas, dia langsung tidak peramah dan tidak mempunyai apa apa jawapan bila saya ajukan soalan, kenapa tidak? dan dia tidak mempunyai apa apa memo yang boleh menyokong kenyataannya.

Tidak puas hati dengan layanan dan sikap pilih kasih tersebut, saya hantar email kepada pengurusan HKL melalui laman web, tetapi hingga sekarang tidak seorang pun yang menjawab pertanyaan saya.

Soalan saya, kenapa HKL tidak terima pekerja syarikat swasta? Sedangkan HKL adalah hospital awam bukan hospital untuk kakitangan kerajaan. Apakah status tersebut telah ditukar?

By: Hasliza

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.