≡ Menu

HKL menyusahkan pesakit

Baru-baru ini saya menjalani rawatan dari hospital swasta dan mendapat cuti melebihi 15 hari, maka sijil cuti saya perlu disahkan oleh pihak HKL memandangkan saya bekerja kerajaan. Lepas habis cuti saya,saya terus ke HKL untuk dapat pengesahan, sampai sahaja di kaunter pendaftaran jabatan pesakit luar, stafnya beri sehelai kertas mengandungi perkara yang perlu sediakan, surat permohonan majikan,surat jaminan (GL) dan surat pengesahan doktor swasta. Saya pulang dengan mc tersebut dan menyediakan beberapa dokumen tesrebut.

3 hari selepas itu, setelah selesai semua perkara termasuk terpaksa pergi berjumpa kembali dgn doktor swasta utk dapat surat pengesahan,saya ke kaunter pendaftaran mengambil nombor giliran. Lama saya tunggu,giliran saya sampai,saya menyerahkan segala dokumen diperlukan,apa yang saya kesali,staf hkl mengatakan mc ni dah lebih 15 hari,mereka tidak boleh sahkan melainkan saya kena pergi ke jabatan orthopedik dan traumatologi berjumpa doktor pakar di sana untuk sahkan.hampa.

Dengan keadaan saya yang mengandung,saya terpaksa berjalan ke jbtn orthopedik yg jauh,saya perlu cepat ke sana memandangkan hari itu saya bekerja,saya tak sanggup nak tunggu perkhidmatan shuttle.sampai sahaja di sana,saya berjumpa dengan jururawat di kaunter dan menunjukkan mc tersebut,dekat situ pula,masalah berlaku lagi,pihatortho mengatakan utk pengesahan mc hanya hari jumaat dengan membuat temujanji terlebih dahulu.saya begitu kecewa dan merungut mengatakan saya sediakan dokumen ni dengan ambil masa begitu lama dan perlu ke hulu ke hilir,staf seperti tiada perasaan mengatakan saya perlu buat temujanji minggu hadapan juga.dalam pemikiran saya,kenapa pihak kaunter di jabatan pesakit luar tidak memberitahu saya hal ini,maka saya tak perlu membuang masa dan tenaga ke jabatan ortho andai pengesahan mc perlu dibuat melalui temujanji.

Maka minggu hadapannya saya pergi kembali ke jabatan ortho awal-awal pagi,saya menunjuk mc tersebut,satu masalah lagi timbul,surat permohonan majikan saya itu dikatakan boleh ditolak kerana surat itu pada asalnya alamat kepada jabatan pesakit luar,manalah saya tahu,asalnya bukan ke perlu dirujuk ke jabatan luar,lagipun tiada masa saya nak ke pentadbiran tempat kerja saya bagi membetulkan nama tempat dan ambil masa lama lagi.saya merayu agar diterima.jururawat tersebut hanya mengomel seorang diri.saya dapat nombor giliran awal dan mungkin dapat selesai secepat yang mungkin ,jangkaan saya meleset.saya hadir pukul 8 pagi dengan tidak bersarapan semata-mata nakkan perkara ni selesai,hampir pukul 9 lebih nombor giliran saya tidak dipanggil.perut saya begitu sakit gara-gara tak sarapan.

Aduh,tak bertahan,saya pun membeli air di peti untuk mengisi sedikit mknn untuk perut ni,bila saya masuk kembali nombor saya tertera ke bilik 14,saya gembira lalu masuk,bila saya masuk,doktor bertanya dan saya kata perlu sahkan mc saya,doktor tersebut mencari-cari fail saya,dia kata,tersilap tekan nombor,datang pula seorang jururawat,sahkan cuti hanya di bilikdoktor pakar,bilik 11,saya kata berapa lama lagi saya perlu tunggu,jururawat tersebut dengan muka yang masam,ikut nasib.saya begitu geram,pergi ke bilik 11 tanpa tunggu giliran,dan dapati doktor pakar itu tiada,saya bertanya kepada attendance lelaki tersebut,dia mengatakan doktor baru keluar utk makan,saya kata saya pun belum mkn,dengan muka tak bersalah attendance tersebut mengatakan dia nak makan dgn doktor tersebut dan mengarahkan saya datang kembali setelah doktor tersebut selesai makan.jam menunjukkan 10 lebih.

Saya hampir putus asa,memandangkan saya perlu mengesahkan mc saya,saya tunggu sehingga pukul 11pagi,kali ini di bilik 5 pula,doktor tersebut lihat dokumen tersebut,ambil sedikit keterangan,tak sampai 5 minit surat saya disahkan.saya betul-betul kecewa dan terasa begitu bodoh dengan apa yang berlaku ke atas diri saya.mungkin ada lagi yang senasib dengan saya di luar sana.terima kasih di atas layanan kamu HKL.

By: saida

{ 3 comments… add one }

  • Anonymous November 22, 2011, 20:19

    standard la tu..ramai pekerja bangang kat sektor kerajaan..ramai yang tak layak  kerja tapi dapat kerja jugak…sebab bapak sedara, ipar duai, kenalan bapak dia, etc. yang keja kat situ tolong. tapi masih ada pekerja kerajaan yang hebat dan cemerlang. tahniah kepada anda yang sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan orang lain. semoga Allah memudahkan urusan anda juga!

  • pekerja hkl December 31, 2011, 02:40

    yang pertama puan tak dapatkan maklumat yang lengkap sebelum membuat urusan (banyak terjadi kebanyakan pesakit yang tak ambil tau kalau ingat benda tu perkara yang sangat mudah), sepatutnya puan perlu menelefon pihak HKL untuk mengetahui prosedur2 yang perlu dilalui sebelum datang ke HKL, birokrasi ni terjadi kerana terdapat insan2 menyalahgunakan sijil2 sakit yang diberi, kedua puan perlu menerangkan maklumat penuh pasal MC yang lebih 15 hari tu kpd pekerja kaunter dgn mmberitahu dan menujukkan dokumen2 yang puan perolehi jika pekerja dikaunter dapat melihat MC puan 15 hari tu awal2 dia akan bgtau langkah yang sepatutnya puan perlu buat. ini juga kesilapan pihak pengurusan HKL kerana tidak memberi kemudahan dan maklumat yang lengkap kepada pesakit

  • Dijah June 26, 2012, 15:52

    Kita kalau dah tengok keadaan org perempuan mengandung datang takkan tak boleh fikir sendiri…perihatin lah sebagai seorang manusia. Kehulu ke hilir ingat tak penat ke dgn tak makan lagi…lepas tu orang layan dgn teruk. Kerja biar telus, jangan nila setitik satu kawah jadi tercemar.
    Ada kakitangan sebenarnya yang suka buat kerja lepas tangan perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan tapi ambil masa terlalu panjang dengan alasan yang berbagai. Tidak semua orang yang datang ke Hospital tahu apa yang perlu dibuat dulu, jadi yang berkerja ditempat berkenaan tolong lah berhemah sedikit tak salah pun untuk peramah, nama pun dah Hospital tentu lah yang datang adalah orang2 yang sakit. Nawaitu masing2 untuk jujur ke tidak.

Leave a Comment