≡ Menu

Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Assalamualaikum

Seperti sedia maklum Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya merupakan salah hospital yang menjadi tumpuan rakyat.

Saya sebagai seorang staff di hospital ini amat kesal dengan harga makanan di kiosk-kiosk, gerai-gerai dan juga food court di dalam hospital. Pada tahun lepas pihak pengurusan telah meluluskan satu penambaikan untuk food court di bangunan trauma & kecemasan hospital. Penambahbaikan amat bagus tetapi yang dikesalkan adalah harga makanan yang terlalu mahal bagi seorang staff yang berpendapatan bawah kategori B40.

Difahamkan food court tersebut dilaburkan oleh sesebuah pihak dengan hospital untuk kos penambahbaikkan dan disewa kepada peniaga-peniaga. Kos sewa bulanan yang terlalu tinggi menyebabkan harga makanan dan minuman menjadi mahal. Seperti sedia maklum, pengunjung, pesakit dan staff yang makan disini hanyalah rakyat biasa.

Bukan di bangunan trauma dan kecemasan sahaja tetapi di kantin staff juga telah disewakan kepada pihak yang hanyalah ingin mengambil keuntungan semata-mata. Aduan telah dibuat beberapa kali oleh pihak pengunjung dan pesakit malahan staff sendiri telah ramai melaporkan tentang harga makanan dan minuman yang terlalu mahal di dalam kawasan hospital kepada pihak pengurusan tetapi tiada maklumbalas.

Alasan yang pernah diterima oleh staff adalah kerana pihak tersebut membawa keuntungan kepada pihak hospital. Jadi kebajikan staff yang berpendapatan rendah diabaikan. Pihak food court juga menggajikan pekerja warga asing seperti indonesia dan bangladesh untuk penyediaan makanan dan minuman.

Kebersihan kawasan persekitaran dan dapur juga amat diragui kerana kadangkala terdapat binatang berpenyakit seperti tikus dan lipas. Tikus dan lipas ini berkeliaran di kawasan tempat letak pinggan dan bekas makanan dan minuman.

Sebelum ini, terdapat satu kantin di bangunan pakar pergigian yang menjadi tumpuan staff untuk membeli makanan dan minuman tetapi telah diserbu oleh pihak imegresen atas alasan menggaji warga asing.

BACA:  Aktiviti Cement Batching Plant di Mutiara Bukit Jalil

Menurut makluman pihak dalaman, laporan ini telah dibuat oleh pihak food court bangunan trauma dan kecemasan (ENZO) kerana pihak kantin bangunan pakar pergigian menjual makanan dan minuman jauh lebih murah dan menjadi tumpuan staff.

Perkara ini seperti dilindungi oleh pihak atasan PPUM sendiri memandangkan pihak yang menguruskan perniagaan di PPUM iaitu pihak JPP sedia maklum tentang perkara ini. Seperti tidak adil pihak yang telah membantu staff dan golongan berpendapatan rendah telah di kacau tetapi pihak yang telah banyak dibuat aduan tidak diusik.

Premis makanan di dalam kawasan PPUM juga sebenarnya tidak menjaga kebersihan dan tidak pernah disemak oleh pihak KKM atas alasan berada di dalam kawasan hospital. Untuk makluman,pihak pengurusan sebenarnya telah maklum akan isu seperti ini tetapi tiada tindakan seolah-olah takut dan menjaga periuk nasi sendiri.

Harap pihak aduan rakyat dapat merungkai permasalahan ini memandangkan ramai staff yang tidak berkesempatan untuk makan dikawasan yang jauh lebih murah kerana faktor masa kerja.

Sekian, terima kasih

[Kemaskini 20/01/19] Maklumbalas Mengenai Harga Makanan Yang Mahal di PPUM oleh Pengarah PPUM

Terima kasih di atas aduan tuan. Adalah dimaklumkan bahawa pihak PPUM telah menyediakan beberapa premis makanan yang menawarkan harga berpatutan seperti Kafe Tok Mad yang disediakan oleh Persatuan Pekerja-pekerja Islam PPUM di Bangunan Kejuruteraan PPUM, Kafe Koperasi di Klinik Surgeri PPUM, Kafe Addeeniah bertempat di Surau Addeeniah PPUM, Medic Kafe (disediakan oleh pihak Fakulti Perubatan Universiti Malaya) yang terletak di tingkat 3 dan juga Food Street bertempat di Kompleks Perubatan Psikologi. Disamping itu, diskaun sebanyak 10% juga diberikan kepada staf jika membeli makanan di kafe Tok Mad. Kedai-kedai ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Pihak PPUM memantau harga jualan di kedai-kedai ini melalui satu Jawatankuasa JPP supaya harga-harga jualan terkawal dan mampu untuk staf PPUM dan pelanggan-pelanggan PPUM. Pihak kami boleh mengesahkan bahawa dakwaan yang sewa dikenakan oleh PPUM kepada kedai-kedai ini mahal adalah tidak benar.

BACA:  Kecuaian Hospital Kuala Kangsar dan Klinik Kesihatan Manong

Untuk makluman tuan, Food Court di Bangunan Perubatan Kecemasan disediakan bagi sasaran pelanggan PPUM dan bukan khususnya untuk golongan B40. Terdapat banyak alternatif tempat makan di PPUM yang boleh dikujungi pelanggan. Di dalam pemantauan kami, tempat-tempat ini sentiasa dikujungi pelanggan dan jika harga adalah tidak berpatutan, premis-premis tidak akan dikunjungi oleh pelanggan PPUM.

Di atas komen kebersihan dan pihak KKM tidak boleh datang untuk memeriksa premis kami kerana berada dalam hospital, pihak kami boleh mengesahkan bahawa dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali. Pihak penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa membuat pemantauan dan pernah datang serta mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas tuan punya kedai (outlet) yang tidak bersih ataupun yang melanggar apa-apa peraturan yang berkaitan dengannya. Pihak PPUM sangat mengalu-alukan pihak penguatkuasa KKM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlakunya perlanggaran peraturan.

Merujuk kepada artikel ini secara keseluruhannya, pihak PPUM beranggapan bahawa dakwaan yang dibuat oleh penulis adalah tidak berasas dan tohmahan semata-mata. Kami jugak beranggapan bahawa dakwaan ini bersifat peribadi terhadap pihak Enzo. Oleh yang demikian, jika terdapat kebenaran dalam dakwaan ini, pihak kami memohon agar pengadu ini untuk mengemukakan bukti supaya siasatan boleh diambil dengan kadar segera oleh pihak kami.

Sekian, terima kasih.

Pengarah PPUM

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Bas Persiaran Berhenti di Tepi Jalan Persiaran KLC... Di Jalan Persiaran KLCC, terdapat banyak bas persiaran yg membawa pelancong asing untuk bergambar berlatarbelakangkan bangunan berkembar KLCC. Masa...
Pengurusan Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur M... Pihak bertanggungjawab mengabaikan bapa saya yang kurang sihat atas alasan 'not urgent case'. Cuma berjumpa tidak lebih 3 kali di dalam wad itu pu...
Permasalahan Kemasukan & Kebanjiran Warga Asi... 'Bismillahirrahmannirrahim' Assalamualaikum w.b.t.h. dan salam sejahtera. Saya, Encik Wan ingin mengutarakan masalah 'kemasukan dan kebanjir...
Ulat Tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Biadap... Ulat tiket pasti terdapat di mana-mana stesen bas selain Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang telah menggabungkan semua perkhidmatan dalam satu s...