Harga Barang di W.P Labuan & Sabah mahal

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Saya sebagai pengguna  di W.P Labuan dan juga Sabah ingin mengadu kepada pihak berkaitan terutamanya KPDN & HEP serta media cetak & elektronik sebagai penyampai maklumat agar dapat memberikan maklumat yang menyeluruh apabila  membuat pemgunguman mengenai kawalan harga barang atau pun laporan tentang harga-harga barang kawalan. Menyeluruh maksudnya memaparkan maklumat yang lebih jelas dan menjadi panduan kepada pengguna berkenaan harga barang kawalan terutama di Sabah, Sarawak & W.P Labuan dan tidak terhad hanya di Semenanjung Malaysia seperti yang selalu dilihat dalam laporan berita.

Masalahnya disini apabila dilihat dalam laporan berita ataupun dari KPDN & HEP berkenaan harga barang, jarang disebut  atau dipaparkan harga-harga barang kawalan bagi kawasan W.P Labuan, Sabah & Sarawak, sedangkan harga barang di sini jauh kebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia sebagai contoh harga Ayam bulat bersih RM6.50 /kg bagi kawasan KL, manakala W.P Labuan RM 9.90 /kg dan mencecah sehingga RM13 /kg di tempat tertentu. Begitu juga dengan harga barang-barang lain jauh lebih tinggi sehingga 50% dan bandingkan dengan pendapatan pengguna disini yang jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.

Saya berharap agar pihak yang berkaitan dapat membuat kajian dan mewujudkan satu mekanisme harga  barang kawalan bagi Sabah, Sarawak & W.P Labuan agar  dapat menjadi panduan kepada pengguna disini. Begitu juga kepada pihak media cetak & elektronik sebagai penyampai agar dapat menyampaikan laporan yang menyeluruh seiring dengan slogan 1 malaysia yang sering dilaung-laungkan.

Sekian terima kasih..

By: Mohd Afindi

4 thoughts on “Harga Barang di W.P Labuan & Sabah mahal”

  1. mau minum arak ,main pelacur,main judi datang WP LABUAN ,ada banyak pilihan dan promotion. boleh enjoy 24 jam service. kalau mau khayal macam macam pun ada.mari mari ini duty free tak ada bayar TAX. jangan bimbang WP LABUAN di khas tempat membuat maksiat, ditanggung selamat dan bermutu antara bangsa.

                  TAPI JANGAN LUPA  YANG BOLEH  LENYAPKAN PERKARA DIATAS SENANG SAJA,LAGI PUN FREE OF CHARGE  TAK PAYAH ADA ALASAN APA APA LAGI,HANYA TUNGGU MASA SAJA.

                 JANGAN MEGUNDANG BALA ATAU MALAPETAKA NANTI WP LABUAN INI TERCIPTA SATU SEJARAH. SEBELUM TERJADI CUBA LAH HAMBA HAMBA ALLAH SAW YANG DUDUK DI WP LABUAN BUAT SESUATU TERUTAMA MINTA TOLONG KEPADA KETUA KETUA  KERAJAAN DAN PEMBANGKANG.

                 TOLONG JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA, JANGAN SAMPAI  MASYARAKAT DAN GENERASI NEGARA KITA INI ROSAK.

  2. Betul tu…saya juga masih baru disini dan sangat-sangat terkejut dengan harga barang di Labuan ini.Makanan dan minuman di kedai makan pun harganya sgt2 tidak munasabah.Bayangkan cuma oder milo ais 3,teh o panas 2,teh ais 2,maggie sup 2 mangkuk n bubur nasi 1 mangkuk jumlah bilnya rm31.00.Lagi 1 barang2 NON HALAL di susun di rak yang sama dengan barang2 HALAL.Ini sangat tidak sesuai dengan sensitiviti umat ISLAM….Harap2 pihak2 berwajib segera mengambil tindakan atas perkara ini.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>