Assalamualaikum & salam sejahtera…

Saya sebagai pengguna  di W.P Labuan dan juga Sabah ingin mengadu kepada pihak berkaitan terutamanya KPDN & HEP serta media cetak & elektronik sebagai penyampai maklumat agar dapat memberikan maklumat yang menyeluruh apabila  membuat pemgunguman mengenai kawalan harga barang atau pun laporan tentang harga-harga barang kawalan. Menyeluruh maksudnya memaparkan maklumat yang lebih jelas dan menjadi panduan kepada pengguna berkenaan harga barang kawalan terutama di Sabah, Sarawak & W.P Labuan dan tidak terhad hanya di Semenanjung Malaysia seperti yang selalu dilihat dalam laporan berita.

Masalahnya disini apabila dilihat dalam laporan berita ataupun dari KPDN & HEP berkenaan harga barang, jarang disebut  atau dipaparkan harga-harga barang kawalan bagi kawasan W.P Labuan, Sabah & Sarawak, sedangkan harga barang di sini jauh kebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia sebagai contoh harga Ayam bulat bersih RM6.50 /kg bagi kawasan KL, manakala W.P Labuan RM 9.90 /kg dan mencecah sehingga RM13 /kg di tempat tertentu. Begitu juga dengan harga barang-barang lain jauh lebih tinggi sehingga 50% dan bandingkan dengan pendapatan pengguna disini yang jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.

Saya berharap agar pihak yang berkaitan dapat membuat kajian dan mewujudkan satu mekanisme harga  barang kawalan bagi Sabah, Sarawak & W.P Labuan agar  dapat menjadi panduan kepada pengguna disini. Begitu juga kepada pihak media cetak & elektronik sebagai penyampai agar dapat menyampaikan laporan yang menyeluruh seiring dengan slogan 1 malaysia yang sering dilaung-laungkan.

Sekian terima kasih..

By: Mohd Afindi

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.