≡ Menu

Hakisan Tebing ke 2 di Kampung Tambirat Asajaya

Jam 8 pagi tadi 22 Januari 2019 berlaku satu lagi hakisan berlaku di tebingan Kampung Tambirat. Hakisan yang telah berlaku sejak 20 tahun sehingga kini tiada tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

Semalam hakisan pertama berlaku sepanjang 100 meter dan hari ini satu lagi hakisan berlaku. Tahun 2018 hakisan sepanjang 300 meter juga berlaku walaupun telah dijanjikan peruntukan untuk mengatasi suku sahaja bahagian hakisan. Namun janji kerajaan negeri hendak membina benteng hanyalah bual kosong sahaja.

BACA:  Larangan Beli Minyak Petrol Guna Bekas

Hakisan yang telah berlaku sejak 20 tahun lepas telah menyebabkan lebih 500 meter kawasan kampung telah hilang dan melibat hampir 40 buah rumah.

Sehingga kini tiada usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Hampir 1300 penduduk Kampung Tambirat terus dihantui masalah ini. Lebih merisaukan lagi kemungkinan besar sekiranya masalah ini tidak di atasi maka kampung tersebut akan hilang daripada peta.

BACA:  Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai

Diharap kerajaan baru dapat mengambil tindakan perkara ini.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Kilang Memproses Bitument Haram Beroperasi di Lawa... Selamat Pagi dan Salam sejahtera, Aduan ini dibuat kerana puluhan aduan kepada kerajaan tempatan dan pihak berwajib telah dibuat tetapi kilang ter...
Larangan Beli Minyak Petrol Guna Bekas Stesen Minyak Petronas, Kuching Family Park, Jalan Sultan Tengah enggan menjual minyak menggunakan bekas kepada pengguna. Alasan diberikan mereka ...
Jalan Rosak di Kampung Beting Maro Betapa gembiranya kami penduduk kampung Beting Maro apabila telah berpuluh-puluh tahun siapnya jalan yang berbatu menghubungkan kampung kami ke du...
Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkal... Saya adalah salah seorang dari 78 orang pembeli rumah Projek perumahan “Fortune Park” di Serian, Sarawak yang sepatutnya siap November tahun 2016 ...