Saya ingin membuat aduan berkenaan hakisan sungai yang sangat teruk berlaku di Sungai Larut, Kg. Air Kuning, Taiping Perak. Kejadian ini berlaku sejak pembinaan landasan berkembar keretapi yang dilaksanakan oleh syarikat GAMUDA. Banyak alasan dan sebab yang telah diberikan kepada orang2 kampung tentang masalah ini.

Salah satunya disebabkan empangan yang terletak di Sg Larut pecah dan menyebabkan tanah disekitar tertarik sekali menyamai kedalaman empangan tersebut. Tetapi tak terfikir kah bahawa banyak faktor2 berkaitan ekosistem yang menyebabkan hakisan sungai yang sangat teruk berlaku. Biarlah saya menilai sendiri berdasarkan pemerhatian yang saya buat:

  1. Kawasan tanah paya yang selama ini menjadi tempat takungan air ditimbus dan diratakan. Aliran air hujan dan air bukit tersekat dan hasilnya kemasukan air hujan ke dalam sungai menjadi luar biasa dan menghasilkan arus yang sangat kuat. Bila kuantiti air dan arus deras berlaku, satu tekanan yang sangat kuat berlaku terhadap tebing2 sungai di kawasan sekitar. Secara tak langsung, empangan yang selama ini ada, runtuh dan menyebabkan kawasan sekitar terlibat sama.
  2. Disebabkan hakisan tersebut, ia telah mengganggu kawasan sekitar dan sosioekonomi penduduk di sekitar kawasan tersebut. Biasanya, terdapat dusun dan kebun milik penduduk kampung. Satu persatu pokok-pokok besar tumbang dan menjejaskan ekonomi penduduk situ. Terdapat juga penempatan atau rumah-rumah disekitar sungai tersebut. Jangan sampai disebabkan hakisan tersebut, rumah-rumah tersebut akan terhapus sama sekali.

Untuk pengetahuan saudara, saya sendiri ada menghubungi JPS Larut Matang dan Selama. Jawapan yang diberikan adalah sangat mengecewakan. Mereka katanya telah menerima aduan tersebut dari orang lain tapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan yang dilakukan. Alasan yang diberikan adalah tiada peruntukan. Saya memohon pada pihak tuan supaya pergi membuat pemerhatian dan berikan laproan supaya pihak-pihak bertanggungjawab celik mata menilai isu ini. Saya juga ada menghantar mesej di dalam facebook Menteri Besar Perak, Datu Seri Zambry abd. Kadir, tapi tiada apa-apa respons yang saya dapat.

Saya sangat kasihan pada penduduk kampung tersebut di sebabkan perkara-perkara begini. Saya tidak menolak pembangunan, tapi biarlah ‘feasibility study’ dilakukan dahulu terutamanya yang melibatkan alam sekitar. Tindakan yang pantas perlu dilakukan jika berlaku perkara-perkara yang sebegini.

By: Mohd Raziff

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.