Hak seorang pekerja swasta

Menyentuh tentang slogan “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” adalah untuk mencerminkan bertapa sikap prihatin dan terbukanya sikap pemimpin kita..tapi bagi kami pekerja swasta…slogan itu hanya layak dilaungkan hanyalah untuk kakitangan kerajaan sahaja,sedangkan hak kami sebagai pekerja swasta dinafikan sama sekali,mungkin ramai yang tidak tahu..cuti umum yand digazetkan dalam pejabat buruh untuk kakitangan swasta minimun adalah 11 hari dan itulah yg diberi oleh majikan kepada kami,cuti raya haji,maulidur rasul & awal muharam disepikan sedangkan itu adalah perayaan keagamaan untuk masyarakat Islam..dan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagi menjana ekonomi negara kami pekerja swasta yang bagaikan menumpang dalam negara sendiri bekerja setiap sabtu sepanjang waktu pejabat seawal dari jam 8am sampai 5pm,mungkin bagi kaum lelaki tidak menjadi masalah tetapi bagi kaum ibu sudah tentu menjadi masalah kerana masa untuk keluarga semakin sempit,sudahlah cuti umum diberi paling minima dan sabtu berkerja sepanjang waktu pejabat.

Kami pekerja swasta adalah rakyat yang sama-sama menjana ekonomi negara,peratusan bilangan kami adalah lebih ramai berbanding kakitangan kerajaan,namun hak kami sentiasa dinafikan dalam belanjawan negara,peranan kami pada pemimpin wujud semasa pilihanraya sahaja,selepas itu kami seperti tidak wujud sama sekali dimata mereka.

By: saharitah ibtahim

17 thoughts on “Hak seorang pekerja swasta”

  1. Saya amat setuju sekali..dan saya adalah bekerja swasta….sedang hamil 9bulan dan menunggu waktu…tetapi tidak dibenarkan cuti awal dan mc….semua kerja saya akan buat dari segi pentadbiran,marketing dan segalanya…anda bayangkan dari kota Damansara ke usj setiap hari.kecuali Ahad…..di manakah hak pekerja swasta??hak anak melayu?kalau tidak bekerja tidak boleh mencari sesuap nasi…di mana tempat yg blh menegakkan hak2 pekerja swasta….?.?.brg harian keperluan mungkin lama mungkin naik…pernah ke PM bertanya adakah gaji atau elaun pekerja swasta, naik….tdk pernah walaupun 1sen…….renungkan lah…

    1. Setuju Sangat2..sy g la teruk ..sbulan 2 hari jer off day..nak cari kerja lain idup kais pagi makan pagi,kais petang makan malam..susu anak pampers kadang2 miss..mengalahkan orang asing la plak pikir2 balik..register at jobMalaysia sekadar register jew la..tawaran kerja yang ada gaji kecik masa kerja 12jam, dah macam dok negara kominis bintang 3 la pulak idup  no social life, yang paling sedih time to amal ibadat un ader kala miss demi memenuhi tuntutan dunia yang sementara..punca itu lah sy berdendam dan benci dengan kerajaan sedia ada..dah nama pekerja swasta..mau keje keje kena akur pasrah atau boleh belah la cari keje lain..tahan ker 1 tahun 2 tahun tukar tukar kerja..
      kos sara idup tah la..yang ader sabor jer la..moga-moga kesabaran membuahkan keberkatan…
      dulu rm5 full tank minyak motor melimpah 2-3 hari ulang alik keje..nie rm5 sehari..22km pegi balik kerja..bil api air makan lagi..gaji asas basic below 1k..
      naik motor jew tau lum keta..( tak mampu pakai keta) 
      Pandanglah Rakyat  DAN Laksanakanlah tranformasi yang berkesan Wahai Pemimpin…
      jangan sekadar slogan n kata kata kosong yang menabur harapan..

  2. samada apa yg kite tulis ni diambil kira, diberi perhatian atau tidak…atau sekadar aduan sebagai prosidur yg ditetapkan…entahlah.
    saye telah berkerja selame 28 tahun dibidang swasta, selame  tuh sebanyak dua buah kompeni  saye bertukar.  7 tahun permulaan berkerja disebuah syarikat dan sekarang 21 tahun disyarikat yg kedua sehingga kini.  sebagai pekerja swasta memang ‘sakit hati’ setiap kali belanjawan negara dibentangkan.  bulih dikatekan kite tak de ape, tak ade ape yang diistimewakan.  lebih2 lagi seperti tempat saye berkerja ni hanyalah sebuah syarikat yg kecil, tetapi saye tau, pendapatan tahunannye begitu memberangsangkan.  kiter berkerja keras betul2 memang tuk syarikat, sedangkan laba bagi kiter hanye dapat gaji yg seciput setiap bulan.  

    semuanye lebih kepada ‘terpulang kepada budi bicara syarikat’
    – pejabat buruh tidak ada undang2 tentang kenaikan gaji swasta. (suke hati syarikat, saye dah lebih 14 tahun tiada kenaikan)
    – cuti pekerje swasta masih seperti takok yang lame.  bersalin 60 hari.  mc 14 hari setahun.  cuti   tahunan 20 hari setelah berkerja 5 tahun keatas.  (semua terpulang pade syarikat)  
    – bonus, terpulang pade syarikat.  (sejak saye berkerja, inilah yang paling menyedihkan, kami semua persis peminte sedekah..)
    – bagi suami, isteri bersalin kena amik cuti tahunan.  tak ade cuti istimewa macam kerajaan.

    senang cerita, pekerja disyarikat2 ni semuanye up to your compeny…that all.  memang sedih!!!
    ade sesiape yang perihatin terhadap kami?….sekadar bulih luahkan…

    1. Btl2..sy jg kj kt klinik swasta.. hak2 pekerja di abaikn.. naik gaji bukan kira per% ntah apa2.. kira ot pon sama rata..suka2.. tp memng doc lady ni kedekut hj bahil.. tp kitorng dh rancang nk mogok ke..@ x buat kj.. selagi permintaan sikit tu.. dia wat x taw.. pekerja 4 org je.. sy dh 3 thn lbh.. tp sy tunggu sesuatu.. dpt x.. klu x dpt ke..resign lh semua.. biar doc dgn husband yg concer sume.. baru taw cmner tenaga kita dperlukn..so kena jaga lh kami ni.. sebab terlalu kede…

  3. saya adalah pekerja hospital swasta NGO, bekerja bermati-matian, bersungguh-sungguh pun sememangnye puas hati namun gaji boleh dikatan langsung tak berbaloi berbanding dengan diploma yang kami ada, sedangkan segala harga barang-barang semakin mahal tetapi gaji tetap sama, kenaikan pun sikit, dah la kena bayar duit ptptn pun rasa tak lepas dengan pelbagai komitmen yang melanda. bekerja bersungguh-sungguh pun hanya dipandang melalui pandangan majikan yang tersendiri dan rupa paras sahaja, tak dibenarkan terlalu rapat dengan pesakit, tak boleh terlalu kerap berbual dengan pesakit kalau tak penilaian pencapaian akan merosot. staff nurse junior yang baru memulakan kerja di suruh memakai baju assistant dialysis dan mendapat gaji yang langsung tak berbaloi dengan diploma yang ada, iaitu gaji assistant dialysis,  sape lang yang akan pandang nasib kami yang terpinggir ni. sedangkan duit potongan untuk kwsp adalah berlainan berbanding yang dipotong dalam slip gaji yang tertera, dan tidak dibayar mengikut tarikh yang dinyatakan.

  4. bersambung…. walaupun gaji dari pekerja luar negara dari india, bangladesh, myanmar, lagi tinggi daripada gaji kami pekerja malaysia. kalau mc kena potong reward, emergency leave kena potong bonus, bonus pun tak sampai sebulan pun dapat, tempat letak kereta pekerja-pekerja pun jauh dari tempat keje, kena jalan lebih kurang 5-10 minit, melalui jalan lorong belakang yang bahaya, sorang-sorang, guard ade pun tak macam ade yang jaga pun, tempat letak kereta yang sedia ade pun tak boleh parking disebabkan nak bina bangunan baru, tempat parking yang disediakan luas hanya untuk pesakit sahaja langsung staff tak boleh parking, kena juga parking merata-rata dah macam peminta sedekah, tempat parking untuk staff hanya dapat dimuatkan oleh berbelas sahaja buah kereta.

  5. sy setuju sgt,tp sy bekerja dengan koperasi felda..adakah koperasi felda adalah sebahagian drpd syarikat swasta?majikan sy tidak mmberi sebarang informasi tentang ini,jika majikan sy tidak menaikkan gaji seperti yg disarankan oleh PM,apakah yang harus sy lakukan?

  6. betul 2..klu dh nama pekerja swasta,ikut suka hati majikan jer nk bt pekerja mcm mn.smp hak sy u mengambil cuti pun mcm dh xde .dh nak disekat..nk brenti keje,nt nk mkn apa?tnya mjikan ttg kenaikan gaji,katanya dlm prbincangan.smp berbulan2..hasil company y x masuk report,xtau entah ke mana..sy plak sdg sarat mengandung.bmbg kot2 lps ni bila brsalin jer,terus dapat surat gaji dibekukan.cukup tempoh cuti bersalin,dapat surat diberhentikan plak..punca,xmau byr gaji pokok…alahai nasib pekerja swasta

  7. saya bru keje 7bulan …sy di berhenti kan sbb sy nak minta cuti…kemudian majikan saya suruh  sybuat surat berhenti keje petang tu juga masa saya di buang keje….mcm mana nak buat ye..

  8. suami saya berkerje di syarikat swasta selame 20 lebih tahun .dia telah di pindahkan ke airport yang lain baru ini ;dia selalu mengadu yang staff  dia selalu memberi tekanan yang bukan munasabah[suckastic]hal peribadi dan di suruh buat kerja memang tak senang  kalau dia on duty.ada ada saje officer dia comment yang tak betul;sedangkan officer tu sama umur dengan suami saya tapi officer tu hanya diploma saja tapi belagak ;saya takut satu hari dia tertekan dengan tekanan itu dia akan sakit jantung lagi ;suami saya memang ada sakit jantung  sebab tu lah saya sebagai isteri saya amat risau .officer yang macam ni bagus di transfer saja.what is action taken to these type of the people call the officers and the diplomas and the degrees should they touture the non graduate at the working place ?they should work as a team for their company not to give pressure.

  9. salam semua…tul pe yang dikatekan oleh smua….sy jg kijer dgn sykt swasta dah 3 thun…..byk hak2 pkerja di ambil smbil lewa…

  10. BAGI ORANG MACAM KITA NE YANG KERJA SWASTA..MARILAH KITA TUKAR KERAJAAN SAJA..KERAJAAN SEKARANG ANGGAP KITA MACAM PENDATANG

  11. saya terlibat kemalangan semasa bekerja.Saya mendapat rawatan di hospital Sungai Buloh dan mendapati tulang tangan kiri saya retak dan tidak dapat hadir kerja. Saya diberikan MC selama 6 bulan. Adakah syarikat saya patut membayar cuti berbayar selama 6 bulan itu ? Ataupun syarikat saya hanya patut beri saya cuti tanpa gaji selama 6 bualn itu?

  12. Saya pekerje suwasta scurity selat tebrau..gaji lambat masuk macam mana.. dh 10 hari bulan dah.. macam mana nak kerje anak bini nak makan apa kalau macam ni.susah la macam ni company jaji 7hari bulan. Ni dah 10.. pening la macam ni kwsp pon tak masuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>