Menyentuh tentang slogan “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” adalah untuk mencerminkan bertapa sikap prihatin dan terbukanya sikap pemimpin kita..tapi bagi kami pekerja swasta…slogan itu hanya layak dilaungkan hanyalah untuk kakitangan kerajaan sahaja,sedangkan hak kami sebagai pekerja swasta dinafikan sama sekali,mungkin ramai yang tidak tahu..cuti umum yand digazetkan dalam pejabat buruh untuk kakitangan swasta minimun adalah 11 hari dan itulah yg diberi oleh majikan kepada kami,cuti raya haji,maulidur rasul & awal muharam disepikan sedangkan itu adalah perayaan keagamaan untuk masyarakat Islam..dan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Bagi menjana ekonomi negara kami pekerja swasta yang bagaikan menumpang dalam negara sendiri bekerja setiap sabtu sepanjang waktu pejabat seawal dari jam 8am sampai 5pm,mungkin bagi kaum lelaki tidak menjadi masalah tetapi bagi kaum ibu sudah tentu menjadi masalah kerana masa untuk keluarga semakin sempit,sudahlah cuti umum diberi paling minima dan sabtu berkerja sepanjang waktu pejabat.

Kami pekerja swasta adalah rakyat yang sama-sama menjana ekonomi negara,peratusan bilangan kami adalah lebih ramai berbanding kakitangan kerajaan,namun hak kami sentiasa dinafikan dalam belanjawan negara,peranan kami pada pemimpin wujud semasa pilihanraya sahaja,selepas itu kami seperti tidak wujud sama sekali dimata mereka.

By: saharitah ibtahim

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.