Hak pelajar untuk sistem bas tidak diutamakan
Assalamualaikum,
Saya merupakan ibu kepada pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah. Saya sudah lama ingin membangkitkan isu ini agar pihak politeknik atau pihak-pihak yang sepatutnye mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar. Seperti sedia maklum kedudukan Politeknik Sultan Idris Shah terletak agak pedalaman, dan kemudahan awam memang tidak disediakan disini seperti bas atau teksi.
Sejak akhir-akhir ini memang ada pihak politeknik menyediakan bas. Tetapi waktu beroperasi bas ini dan laluan untuk mengambil pelajar terhad dan menyusahkan pelajar sendiri dan menyusahkan kerana pelajar yang ingin menggunakan bas terpaksa menunggu ditepi jalan besar sahaja. Kerana kebayakan rumah yang disewa pelajar terletak di kawasan dalaman dimana laluan jalan yang berdekatan dengan rumah mereka tidak boleh dilalui oleh bas. Malah lebih teruk lagi pelajar perlu membayar sebanyak Rm10 setiap bulan untuk perkhidmatan bas tersebut walaupun tidak mengunakan bas yang disediakan. Dimanakah hak-hak pelajar sebagai pengguna? Kenapa sistem seperti kad tidak dikeluarkan oleh mereka yang menguruskan perkhidmatan bas ini? Bukan ini lebih menyenangkan?
Saya tahu ramai pelajar yang tidak berpuas hati dengan sistem yang diuruskan pihak politeknik tetapi mereka takut untuk tampil mempersoalkan tentang bayaran yang dikenakan walaupun tidak mengggunakan bas tersebut. Bayangkan berapakah jumlah wang yang diperolehi jika mengutip wang pembayaran Rm30 untuk 3 bulan bas beroperasi daripada setiap pelajar? Politeknik tiada bajet untuk diperuntukkan? Saya berharap agar pihak yang sepattnya menyelesaikan masalah ini mengambil tindakan.
By: eda
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |






Pingback: Bayaran bagi perkhidmatan bas di Politeknik Sultan Idris Shah | Aduan Rakyat Online