Hak kebebasan bersuara, di mana hadnya?
Salam kepada semua saya antara rakyat Malaysia yang binggung akan apakah sebenarnya hak kebebasan bersuara dalam media elektronik di Malaysia sehinggakan ada segelintir manusia yang terlepas dan masih bebas mempersendakan agama rasmi Malaysia.
Adakah kerana setiap individu itu berhak menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sesuatu agama itu sendiri sehingga membolehkan mereka menulis sewenang-wenangnya di laman sesawang. Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya ada insan yang memperkotakkatikkan agama islam itu sendiri mencaci maki dan mengfitnah agama rasmi dimalaysia ini.
Saya berharap ada pemantauan dibuat oleh pihak berwajib dan sila berikan tindakkan yang sewajarnya supaya hal ini tidak menjadi ikutan lapisan masyarakat akan datang. Sila kaji laman sesawang ini Yfrog.com/user/sitt_alwuzara3/profile . Dimana heboh diperkatakan dalam laman sesawang facebook. Saya berharap sangat aduan rakyat boleh siasat gejala ini dan seterusnya menyeret orang yang berkenaan kemuka pengadilan dikuatiri boleh memosongkan dan menggangu keamanan hidup rakyat yang berbilang bangsa dan agama seterusnya mengurangkan ketidak kepercayaan rakyat kepada barisan pemimpin itu sendiri.. Kerana hal2 agama dibiarkan begitu sahaja tanpa pantauan pihak berwajib.dan tindakakn sewajarnya perlu diberikan untuk pengajaran.
Dalam pada kita bebas bersuara dan punyai hak untuk bersuara jangan lah sampai ianya mEmberikan kita lesen untuk menyentuh sensitiviti insan lain..
By: hamba allah
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |





