BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

Guru interim boleh diserap/ dilantik? Guru-guru PJJ OUM tajaan KPM bila lagi? Kami guru-guru kumpulan ini semakin rasa kecewa menanti pelantikan DG 41. Kami juga dah pun lulus temuduga oleh SPP dari tahun 2011 lagi. Kami rasakan KPM menganaktirikan guru-guru mereka sendiri. Makin ramailah yang akan kecewa nanti termasuklah yang sedang menunggu giliran untuk temuduga sejak awal tahun 2011 lagi.

TPM dan menteri-menteri pelajaran tolonglah berikan info yang meyakinkan kepada kami semua. Sekiranya tindakan telah diambil untuk selesaikan masalah ini, tolonglah pihak KPM KELUARKAN SATU STATEMENT YANG RASMI. Terima kasih atas usaha pihak pentadbiran tertinggi di KPM.

By: hanysani

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.