Pada 22 Mei 2012, jam 6.45petang selepas pulang dari sekolah kebangsaan, anak saya menunjukkan kepada saya di pipinya terdapat tulisan bertulis huruf J. Kemudian saya bertanyakan siapa yang menulis huruf tersebut. Katanya Cikgu. Kemudian saya bertanya lagi, kenapa cikgu tulis di pipi awak? Kemudian anak saya menjawab, sebab saya tidak buat dengan betul huruf J di buku kerja, cikgu tulis huruf J di pipi saya.

Buku Kerja

Untuk makluman, anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan XXXX. Disebabkan kegagalan anak saya untuk menulis huruf J dengan betul, seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dengan biadapnya menulis huruf J tersebut di pipi anak saya.

Apabila saya berjumpa dengan Guru Penyelia Petang pada 23 Mei 2012 di sekolah berkenaan untuk meminta penjelasan, alasan yang diberikan tidak munasabah iaitu guru berkenaan baru ditukarkan untuk mengajar ke tahun 1 dan sedang mengandung. Saya bertegas untuk berjumpa guru berkenaan untuk mendengar penjelasan, tetapi tidak dibenarkan. Malah, Guru penyelia petang hanya meminta nombor telefon saya untuk beliau serahkan kepada guru berkenaan untuk memohon maaf melalui telefon sahaja. Guru berkenaan ada menelefon saya menggunakan telefon Guru Penyelia Petang tadi dan  memberitahu saya jika huruf J tersebut menyakitkan hati, mohon maaf.

Pipi yang diconteng

Saya sungguh kecewa dengan percaturan guru-guru tersebut dengan mengambil remeh perkara seperti ini. Jika hari ini anak saya yang diconteng, tidak mustahil suatu hari nanti, murid-murid lain mengalami nasib yang sama. Bukan ke Guru pendidik anak bangsa. Jika begini…apa akan terjadi kepada anak bangsa kita. Fikir-fikirkan..

By: Shahrizan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.