≡ Menu

Gangguan Bekalan Air di Taman Universiti, Semeling, Bedong, Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya merupakan salah seorang penduduk Taman Universiti,Daerah Semeling, Bedong Kedah, mewakili penduduk-penduduk di sini ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air sejak hampir sebulan yang lalu.

Kami telah terputus bekalan air tanpa sebarang notis oleh pihak SADA, kami juga tidak mengetahui punca sebenar gangguan bekalan air dan sehingga bila ianya akan berlarutan. Aduan ini telah dibuat beberapa kali kepada pihak SADA namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak mereka.

Masalah ini sangat membebankan penduduk di kawasan ini. Kami terpaksa mengangkut air dari kawasan lain untuk kegunaan harian jika air simpanan kami habis digunakan terutama air minum kerana air yang dihantar oleh pihak lori SADA tidak bersih. Kami tidak dapat memasak, mencuci pakaian,menjaga kebersihan rumah kami disebabkan gangguan bekalan air yang kami terima.

BACA:  Jabatan Imigresen Paksa Potong Bayaran Koperasi KOPRIMA

Kami terpaksa berbelanja lebih untuk makan diluar dan membeli air bersih untuk menampung kegunaan seharian kami. Ini sangat membebankan kerana kos sara hidup yang tinggi.

Setiap hari kami terpaksa habiskan masa menunggu lori daripada pihak SADA untuk menghantar air dari rumah ke rumah, jika rumah tersebut tidak ada sesiapa untuk menerima bekalan air kerana bekerja atau keluar rumah mereka tidak akan menerima air lagi. Mereka perlu menunggu pada hari berikutnya.

Selain itu, anak-anak yang bersekolah berdekatan juga menghadapi kesukaran akibat ketiadaan air, guru-guru terpaksa mengangkut air dari kawasan lain untuk kegunaan anak murid mereka dan murid-murid terpaksa membawa seorang 1 botol air bagi kegunaan mereka semasa di dalam sekolah. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan ketika belajar dan akan mengganggu proses pembelajaran seharian.

BACA:  Pensyarah Politeknik Nilai Tidak Bertanggungjawab

Masalah ini menyekat aktiviti-aktiviti harian penduduk di kawasan sekitar Semeling.Oleh itu, kami penduduk di kawasan Semeling ingin membuat rayuan agar pihak yang bertanggungjawab turun padang sendiri melihat kesusahan yang menimpa penduduk di sekitar ini dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air ini daripada berlarutan.Segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang membantu kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Penduduk Taman Universiti, Semeling Bedong

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali se... Saya ingin meluahkan rasa sedih mengenai kedudukan suami saya sebagai seorang Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) Angkatan Pertahanan Awam yang ...