Saya pengawal keselamatan sekolah di Mersing, Johor. Saya bekerja dibawah majikan yang bernama Syarikat Olinus Security Services Sdn Bhd yang terletak di Taman Shemelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Disini saya ingin mengadu kepada aduan rakyat tentang kenaikan gaji serta gaji tonggakkan dari bulan febuari sehingga sekarang seperti yang dijanjikan oleh kerajaan masih belum diterima lagi sehingga kehari ini. Saya serta rakan-rakan yang lain menunggu kenaikan gaji seperti yang dijanjikan tetapi sampai sekarang masih gaji ditakuk lama.

Saya ada anak isteri yang perlu ditanggung,kami semua hanya mengharapkan gaji ini sahaja untuk menampung pembelanjaan hidup. Sekarang kenaikan harga-harga barang makanan sudah naik 2 kali ganda, bil elektrik, bil air semua sudah naik. Dengan gaji kami yang sedikit ini sudah tentu tidak cukup untuk menampung pembelanjaan kos hidup.

Kami berharap pihak aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kenaikan gaji pengawal keselamatan secepat mungkin.

By: Shid

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.