Duit syiling negara siri ketiga

Salam Tuan,

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.

Maksudnya, walaupun rekabentuk dan material diubah, namun berat dan saiz hendaklah dikekalkan supaya kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan sebarang peralatan yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia ada tidak perlu dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini.

Hal ini penting diperhalusi bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dalam urusan seharian rakyat Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Besarlah harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian pihak berkaitan supaya banyak masalah dapat dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam juga menggalakkan kita supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan dan membazir itu juga amalan yang tidak baik.

Sekian, terima kasih.

By: H.A. Lim

5 thoughts on “Duit syiling negara siri ketiga”

  1. Kami yang bersekolah di asrama juga menghadapi masalah besar kerana tidak dapat mengunakan talipon awam disebabkan talipon awam yang ada di asrama sekolah kami  tidak menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2 menyusahkan kami sebagai pelajar.

  2. saya rasa lebih baik majukan ekonomi negara¬† daripada buang masa mengubah wang syiling. menurut peganalisis ekonomi malaysia, GDP negara makin turun(latest 55 %)dan jika ini berterusan mungkin satu hari jatuh dalam hutang yang teruk….Abang Najib tolong lakukan sesuatu yang brguna untuk negara..

  3. saya yang belajar di USM kampus kesihatan juga alami masalah yang sama kerana mesin air (RO Water),mesin basuh tidak dapat terima duit syiling baru…ini amat menyukarkan kami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>