Salam hormat,

Saya ingin mengadu Dr. Pergigian di Klinik Putrajaya (Kerajaan) Presint 9 perkhidmatan amatlah teruk kerana sesiapa yang ingin mendapat rawatan penambalan gigi terpaksa menunggu 8 bulan appoinment untuk hanya menambal gigi yang berlubang itu. Lagi satu jaga-jaga kalau Dr. itu kata nak cuci karang gigi rupa-rupanya tidak dia kan tebuk lubang kecil di gigi yang baik lepas itu beberapa bulan sakitlah gigi tersebut sengaja Dr. itu buat kasih lubang di gigi sebab kita tegur mereka pun balas dendam lah.

Apabila kita hendak membuat rawatan kita dipaksa datang pada awal pagi sekurang-kurang 8.00 pagi untuk tujuan cabut gigi x apa bila dah sampai giliran berjumpa kena marah pula sebab saya datang lewat  pada hal kita sampai awal pagi attendan daftarkan lewat dan masuk bilik Dr pun kena tunggu 3 jam.

Bila dah  dekat pukul 11.00 lebih atau 12.00 tgh cepat-cepat dia tengok pesakit lepas itu beri alasan hari ini kita menambal satu sahaja tiada masa nak buat untuk yang lain kalau nak kena datang balik esok pagi dan beratur. Kalau tidak pergi lah ke tempat yang lain, dia siap tanya semestinya kamu nak datang ke klinik sini saya pun tanyalah Dr. tu ada klinik lain yang lagi ker dekat dengan Putrajaya Dr. itu diam sahaja x jawab pun dia minta nurse bagi appoinment suruh datang 8 bulan. Sekarang lubang gigi itu sakit balik x sampai 2 bulan. Macam ini ker Dr. yang profesional dan bertanggungjawab buat kerja langsung x ikhlas nak minta gaji lebih tapi kerja sambil lewa.

Sila sedarkan diri  hari ini kamu buat orang sakit akhirat nanti sila jawab kepada tuhan apa yang telah anda buat dan adakah anda terima gaji itu halal atau????

terima kasih.

By: Orang yang sakit gigi

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.